ZOOM K.L.....CUTI-CUTI MALAYSIA



Cuti bulan ni kami tak bercuti di luar K.L atau Selangor.....perancangan mula-mula nak bercuti ke Pulau Pinang tapi memandangkan rumah semenjak pindah tak habis kemas lagi so kami KIV cuti bulan 6 nanti....

Pada mulanya kami ada urusan di Putrajaya, tup-tup nampak sampan Dondang Sayang...apalagi Farihah mula menjerit-jerit nak naik sampan.....apa lagi dengan penuh excited bukan Farihah jer excited tapi termasuklah ibu ngan ayah Farihah ni ha......naik Dondang Sayang keliling Putrajaya.


Hari Khamis (19 Mac 2009) kami keliling kawasan K.L.....tujuan utama nak g Zoo Negara coz Farihah dok sebut-sebut tengok blog Kasehnya g Zoo Negara tahun lepas.....seronok coz Farihah dengan penuh berani bagi gajah daun-daun untuk di makan.....tak sempat nak kawal dia lari melulu g kat gajah.....berani betul anak ibu ayah ni.....Farihah memang berani dan kuat semangat...banyak yang ibu ayah nampak Farihah tak mudah putus asa......





Selepas g Zoo Negara kami bawa Farihah naik kuda di Tasik Titiwangsa.....lepas Farihah round satu pusingan naik kuda.....Norhan beli plak tiket naik kete kuda......Pakcik yang bawa kereta kuda tu bagi Farihah yang bawa kereta kuda.......apalagi...punyalah seronk Farihah sampai nak lagi satu pusingan.
Perjalanan kami yang terakhir plak naik Menara Kuala Lumpur....wuih....best coz kami dibawa naik sampai 200meter dari bawah......gayat tu tak la sangat coz bila sampai kat atas ramai pelancong dari pelbagai negara dok tengok keindahan Malaysia.....bangga kami jadi anak Malaysia.....selain dapat naik Menara Kuala Lumpur, kami diberi pakej untuk masuk Animal Zone, main F1 Zone dan Winter Zone.

Sebelah malam sebelum balik Norhan teringin nak makan makanan arab, so kami g Tarbush kat Bukit Bintang......rasa cam masa kat Jordan dulu...yang paling best kami dapat makan Humous Tahina ngan roti arab......Farihah pun suka makan Humous Tahina.....yang lain biasalah makan Maklubah ngan Shurbah sikit.....ingat nak order Syawarma tapi nasi dia pun dah banyak sangat....nasib baik order satu pinggan jer.....lepas rindu kami nak makan makanan arab......

JEJAK KASIH 3 ABDUL


dari kiri : Atif, Farihah dan Aqil


Alkisah.....tersebutlah kisah......

Tahun lepas, Farihah sekolah 4 tahun di Tadika Islam Al-Mujahideen , Damansara Utama.....ala....sekolah semasa Yaya jadi Guru Besar....

Kisahnya begini, Farihah ada geng masa di sekolah sana....dia seorang jer budak perempuan yang berkawan baik dengan 3 orang budak lelaki, di mana kami dikalangan guru-guru Al-Mujahideen gelar 3 Abdul....nak tahu coz nama 3 orang kawan Farihah ni bermula dengan huruf 'A'......Aqil, Atif dan Amin.....sebab tu digelar 3 Abdul

Hampir 4 bulan Farihah tak berjumpa dengan 3 Abdul....coz Farihah ikut kami berpindah di Putrajaya....pada 15 Mac baru-baru ni ibu Aqil (Ustazah Noor Naemah) jemput kami ke majlis kahwin adik dia....jadi memang Yaya plan dengan ibu Atif (Ustazah Rosidah) nak jumpa di majlis kahwin ni....apa lagi bila Farihah dengan 2 Abdul berjumpa...riuh jugak ler jadinya tapi sayang hanya 2 Abdul sahaja....Aqil dengan Atif....Amin balik kampung agaknya.......

Walaubagaimanapun....memang best coz Yaya ngan Norhan dapat jumpa kawan lama...terutama sekali Farihah......sempat bagi hadiah dekat Aqil ngan Atif.....




ABIH GELAP MUKAKU....

Alamak.......abih gelap muka yaya coz baru jer memutihkan muka yang gelap baru balik BIG...dah gelap semula coz jumaat dan sabtu lepas (6 & 7 Mac 2009) semua pelatih KPLI 2009 wajib ikuti Perkhemahan Asas di IPIS......yaya lupa nak pakai sunblock, abih gelap terbakar muka yaya....balik jer rumah terus norhan bawa gie watson cari krim....

Mujur ada....bukannya apa....dah panas muka nie dan kering mengelupas.....tapi perkhemahan nie memang best....yaya dapat belajar pasang gajet, memasak dapur kayu api dan berkawat.

Yaya terpilih untuk menjadi jurulatih kawat tapi sebelum jadi jurulatih kawat, seramai 30 orang KPLI sahaja yang terpilih untuk mendapat sijil jurulatih. Alhamdulillah.....banyak yang yaya pelajari...best berkawat.....yang penting melatih kita supaya berdisiplin.....

Ok la.....nanti free yaya update lagi blog nie.....salam untuk semua.......

BIG OH BIG (Bina Insan Guru)

Hampir sebulan lebih yaya tak update blog hansyaya ni.....sori la kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menanti perkembangan dari kami..... Sebenarnya, selepas sahaja yaya mendaftarkan diri di Institut Perguruan Islam Selangor Bangi,yaya terus dipenuhi dengan kuliah-kuliah dan kertas kerja yang berlambak-lambak. Sampai kekadang esok nak bentang, malam tu sure bersengkang mata menyiapkan bahan untuk pembentangan.

10 Februari 2009, yaya ber
sama rakan-rakan KPLI Pengajian Agama Islam dan Pendidikan Jasmani bergabung sertai Program Bina Insan Guru (BIG) di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Dengar sahaja perkataan BIG....ha...ramai yang cakap Program Bina Badan....coz keluar perkataan BIG....ye tak ye jugak....kalau kat kuliah boleh ler control makan tapi kat sana tak dapat control makan. Kat sini walaupun masak sendiri tapi kepenatan tu menyebabkan kita lapar dan dahaga. Sampai di Teluk Kemang, kami kena dirikan khemah. Satu khemah yaya ada la dalam 5 orang...tapi tak sanggup tidur kat khemah coz panas sesangat....nak biarkan khemah terbuka pun tak boleh jugak sebab nanti pelatih lelaki nampak. Kami dipenuhi dengan aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan)....yang paling best sewaktu pergi Kembara di hutan dan Kayak.....Yaya tak tau nak cakap macam mana...walaupun penat dan pengisian yang padat tetapi keseronokan tak dapat digambarkan....Program macam ni banyak membantu kita menjadi guru yang lebih baik dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas....








































































KENANGAN


MAJLIS PERPISAHAN SEKOLAH AL-MUJAHIDEEN

Tanggal 31 Disember 2008, tamatlah perkhidmatan Yaya sebagai Guru Besar di Sekolah Al-Mujahideen, Damansara Utama. Sepanjang tempoh minggu pertama persekolahan tahun 2009 ini, Yaya masih pergi ke sekolah untuk menyerah tugas kepada Guru Besar baru iaitu Ustaz Mohd Naim bin Mohd Noor.

Tanggal 9 Januari 2009, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Yaya. Yaya sedih sangat bila melihat kawan-kawan (guru & kakitangan) buat kali terakhir terutama sekali wajah murid-murid yang Yaya sayang sangat. Airmata sudah mula mengalir sewaktu terlihat ada murid-murid menggelengkan kepala tanda tidak mahu Yaya pergi meninggalkan sekolah ini.

Terima kasih buat murid-murid yang bersusah-payah memberi hadiah untuk Ustazah. Hadiah yang paling berharga buat Ustazah adalah kenangan murid-murid bersama Ustazah sepanjang 5 tahun di Sekolah Al-Mujahideen.

Terima kasih buat semua guru dan kakitangan yang telah bekerjasama dan memberi sokongan kepada Yaya sepanjang pentadbiran Yaya di sekolah ini. Jasa kalian tetap Yaya ingat dan yang paling penting ukhuwwah tetap terjalin walau di mana kita berada. Segala hadiah yang diberi, majlis yang dibuat bagi meraikan Yaya....Yaya sangat terharu....kenangan bersama akan Yaya abadikan selama-lamanya.

Tahniah buat adikku Intan Zainida bt Zaimon yang selamat bertunang pada 28 Dis 2008.



AL-MUJAHIDEEN FAMILY DAY





Pada 27 Disember 2008 adalah program penutup bagi Sekolah Al-Mujahideen iaitu dimana Yaya menjadi Guru Besar di sekolah tersebut. Kebetulan pula result KPLI keluar pada 24 Disember 2008. Semua guru & kakitangan sekolah tidak melepaskan peluang untuk sama-sama pergi menyertai Hari Keluarga Sekolah Al-Mujahideen di Agrotek Resort di Ulu Langat. Guru-guru dan kakitangan sekolah semua sudah tahu yang Yaya dah letak notis sebulan sejak awal Disember 2008. Maka inilah program terakhir Yaya bersama mereka.

Ok....dalam ni Yaya tak nak citer yang sedih-sedih dulu...Yaya nak citer keseronokan Hari Keluarga yang disertai juga oleh ahli-ahli keluarga guru-guru dan kakitangan sendiri. Termasuklah Yaya bawa Norhan dan Farihah untuk sama-sama merasai keseronokan di sana.
Kami konvoi dari sekolah pada pukul 7.30 pagi....ada jugak yang dah menunggu di sekolah sejak awal pukul 7 pagi. Yaya selaku Guru Besar mengetuai konvoi tersebut. Kami semua sampai di Agrotek pada pukul 8.30 pagi dan terus sarapan pagi di sana. Lebih kurang 9.30 pagi maka bermulalah aktiviti sukaneka darat seperti Terompah Gergasi, Kutip Gula-Gula, Masuk Air Dalam Botol dan bermacam-macam jenis sukaneka yang telah disediakan oleh pihak Resort.

Farihah and the geng tak sabar-sabar nak terjun dalam sungai ni....

Selepas makan tengahari dan solat Zohor, acara yang paling seronok adalah sukaneka air seperti Gusti Titi, Masukkan Air Dalam Betung, Tarik Tali Dalam Air dan Monkey Rack. Seronok betul sehingga kami rasa macam tak nak balik. Lebih-lebih lagi anak-anak kami yang mandi sungai tak berhenti sejak tengahari. Dikira-kira adalah sampai 5 jam dok berendam dalam air sungai tu. Para ibu dan bapa pun tak lepaskan peluang mandi sungai selepas sukaneka air selesai termasuklah Yaya ngan Norhan. Keseronokan ini Yaya akan ingat sampai bila-bila.

SEMOGA UKHUWWAH KEKAL SELAMANYA........ : )


TAHNIAH...ANDA TELAH BERJAYA....

SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI SEPENUH MASA - SR AMBILAN 2009.

Betapa seronoknya yaya bila Norhan buka website Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 Disember 2008 yang mengatakan bahawa yaya telah berjaya untuk mengikuti kursus KPLI Sepenuh Masa di Institut Perguruan Islam Selangor, Bangi.

Yang paling seronok ialah yaya tak ditempatkan di Johor sepertimana Norhan sebelum ni....so,senang la yaya nak balik umah bebila cuti nanti. Walaupun dekat yaya tetap akan stay di asrama coz Norhan cakap banyak aktiviti dan nanti tak la penat sangat. Lagi pun Norhan suruh yaya tumpukan perhatian sepenuhnya sehingga selesai kursus.

Yaya akan pergi lapor diri pada 12 Januari 2009 ni....so, banyak yang yaya nak kena sediakan sebelum lapor diri nanti. Kena wat medical check up, x-ray,pengesahan sijil dan lain-lain. Kali ini giliran Norhan pula jaga Farihah....Farihah jangan nakal-nakal tau bila tinggal ngan ayah nanti...Farihah kena disiplin macam mana Farihah tinggal ngan ibu sebelum ni.....belajar rajin-rajin dan ibu sentiasa doakan kita semua mendapat kejayaan dan diberi kemudahan dalam semua urusan...Amin.....

BYE BYE IBU...BYE BYE AYAH....








Amboiiiii....best nyer anak ibu ayah gie Langkawi naik Air Asia....Farihah ikut tok mama ngan tok abah gie bercuti....tinggal ibu ngan ayah yang tak dapat gie sama....bukan tak boleh ikut tapi masa tu ibu ayah kena gie kursus....

Bertuah betul anak ibu ayah nie...kecik-kecik dah dapat naik kapal terbang.....ibu masih teringat masa ibu tinggal dengan tok di Kedah....tok mama ngan tok abah masa tu di Johor....umur ibu 13 belas tahun....masa tu ibu nak balik Johor...first time naik kapal terbang sorang-sorang.....ibu di layan dengan baik oleh FA Mas Malaysia.....ibu dapat present....ayah plak dapat rasa naik kapal terbang masa mula-mula gie belajar di Jordan.....

Happy betul Farihah ikut tok mama ngan tok abah gie bercuti....dapat mandi swimming pool...itulah aktiviti kegemaran anak ibu ayah nie....Farihah memang suka swimming....dia tak takut....dan dia akan cepat dapat kawan yang mandi sama-sama dengan dia.....itulah kelebihan anak ibu ayah yang suka berkawan dengan semua orang.....Inilah sebabnya nama anak ibu ayah Farihah yang beerti Gembira dan Happy Selalu........





Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin