AKSI FARIHAH NI


Em sedar tak sedar dah 4 tahun umur farihah. Ni antara aksi farihah buat tatapan tok abah dan tok mamanya terutamanya...

BERAYA DI KARAK



Tanggal 2 Syawal 1429H kami tertanya-tanya sama sendiri...kemana agaknya nak pergi beraya hari ini...kalau mama n abah ader mesti banyak rumah yang boleh diziarahi coz kawan-kawan mama n abah ramai gak kat K.L ni......

Tengah dok fikir-fikir....tetiba yaya teringat untuk membuka blog Kasehnya.....di situ kami tahu di mana keluarga Kasehnya berada...mereka beraya di Karak rupanya....so, kami pun bersiap-siap terus ke Karak pada pukul 3 petang......

Sampai di Karak lebih kurang pukul 4 petang.....excited sungguh Farihah bila diberitahu yang kita semua nak pergi beraya di kampung Abg Syadi ngan Kakak Iman.....tetapi kesian kakak Iman....jari dia tersepit kat pintu kete babah dia.....kebetulan semasa kami sampai lebih kurang 5 minit selepas itu, babah kakak Iman pun sampai dari Bentong.....rumah pertama yang mereka dapat ziarah....

Meriah sungguh.....best tul ayah Meor bercerita pengalamannya semasa buat Haji di Mekah....Mak Meor pula dah tak menang tangan melayan tetamu yang tak henti-henti datang ke rumahnya. Kami dijamu dengan bermacam-macam kuih raya....mee sup....rendang itik...nasi himpit dan air soda (ramai yang ingatkan air sejuk jer) hihihihihihiiiii.......

Selepas solat maghrib kami bergambar di ruang rumah....di tangga rumah dan di tingkap rumah yang jarang anak-anak zaman sekarang nak rasa suasana kampung dah sekarang ni.......ok ler tu.....cantik....Villa Hijau.......

Terima kasih buat family Meor.....senang-senang datang la ke rumah kami....bagitau dulu k coz leh yaya masak sedap-sedap...dan buat semua yang mengenali diri kami ini....sila datang ke rumah kay....MENGERATKAN YANG TELAH JAUH & MEMESRAKAN YANG DEKAT.......

Suatu Hari Di Hari Raya

ABAH...MAMA....

TANGGAL 1 Syawal 1429H bersamaan 1 Oktober 2008........
Kami adik-beradik beraya tanpa mama ngan abah.....mama ngan abah tak dapat balik dari oversea (Bangladesh) kerana pengurusan syarikat mereka di sana masih belum selesai.....

Lain rasanya menyambut raya pertama tanpa mereka.....sememangnya semasa yaya study di Jordan dulu, 5 tahun yaya beraya tanpa family.....tapi yaya sedih bila melihat adik-adik terlalu sedih kerana mama ngan abah tak dapat balik,itu pun disebabkan mereka tak pernah berpisah dengan mama ngan abah.....mujur yaya ngan abg norhan ada bersama adik-adik pada tahun ini....cuma nana ngan wan sahaja yang sudah berada di Kelantan....giliran beraya di rumah mertua dia di sana......

Raya pertama........kami bawa adik-adik menyambung tradisi mama ngan abah yang setiap tahun pergi beraya di Istana Sultan Selangor. Selepas itu,kami terus bertolak ke Kajang pergi ke rumah ibubapa Izzat dan ikut mereka pergi beraya di rumah abang dia. Kami tidak lupa pergi beraya di rumah papa Aziz iaitu kawan baik mama ngan abah.

Raya kedua.......kami bawa adik-adik pergi beraya di rumah ibubapa Meor Syazril di Karak. Lama juga kami di sana....suasana di sana berbeza sangat ngan di bandar kerana anak ibu, Nur Ain Farihah baru dapat merasa suasana beraya di kampung.......

SELAMAT HARI RAYA DARI NORHAN & JULIA SEKELUARGA BUAT SEMUA TERUTAMA BUAT DADDY & MUMMY SERTA ABAH & MAMA.....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin