* 24 OGOS 2009 (Isnin)
Pada 13 Ogos 2009, Hansyaya ada menerima surat dari BSN....kebiasaannya BSN akan hantar penyata akaun tetapi surat kali ini tebal semacam jer....bila bukak tengok-tengok ada voucher penginapan di Hotel Equatorial di Cameron Highland. Elok sangat la tu coz kalau tak kerana voucher ini mesti hansyaya tak tau bila lagi nak ke sana. Maklum sajalah jalan di sana tu....jalan bukit. Norhan terus call untuk tempahan bilik. Kami bertolak pada hari Isnin (24 Ogos 2009) selepas solat Asar. Kami berbuka puasa di Tapah, solat jama' di sana dan terus bertolak ke Cameron Highland. Masa tu dah malam dah, so, kena la hati-hati coz jalan pun bengkang-bengkok dan gelap.
Alhamdulillah, kami sampai pada pukul 9.30 malam di Hotel Equatorial. Kami check-in dan breakfast diganti dengan sahur. Itu pun service room hantar ke bilik. Masa makanan sahur sampai lebih kurang pukul 5 pagi, terkejut kami coz banyak betul lauk yang dihantar. Maklumlah lauk hotel,kalau tak banyak tak sah.