Resepi Maqlubah


Cara-caranya :

Rebus 10 ketul ayam (pilih bahagian thigh/drumstick)
sekiranya utk sepuluh org makan

rebus bersama buah pelaga dan 1 bawang besar yang dihiris....tunggu sehingga mendidih dan letakkan 2 sudu kecil garam.
Tutup api dan toskan ayam yang telah direbus tadi. Kemudian ayam tersebut digoreng selepas anda menggoreng kentang.

Goreng bunga kobis yang sudah dipotong dan 6 biji kentang yang dipotong bulat.
(jangan ditos semasa menyusun di dalam periuk)
Bunga kobis yang telah digoreng disusun di dalam periuk besar.
Diatas bunga kobis disusun pula kentang yang telah digoreng dan di atas kentang disusun ayam yang telah digoreng juga.

Tuang sedikit air rebusan ayam tadi sehingga ayam tenggelam. Taburkan rempah maqlubah.
(rempah ini boleh diganti dengan rempah masala yang terdapat di carefour shj kerana ditempat lain rasanya tak sama dengan rempah Jordan)

Masukkan 6 gelas beras yang telah dicuci. Tuang air rebusan sekali lagi sehingga betul-betul mengikut sukatan memasak nasi.
Tabur rempah maqlubah beserta garam secukup rasa.
Masak dan tunggu sekali nasi tersebut benar-benar kering.

Terlangkupkan periuk tersebut di dalam dulang dan anda akan menikmati 'Maqlubah' bersama sayur timun dan tomato yang dipotong kecil. Gaul sayur tersebut bersama mayonis. Sesuai juga dimakan bersama sos cili.




Selamat Mencuba!!


Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin