Ayah....baju Farihah dah kecik....
"Farihah....meh tido...esok sekolah....."
Farihah datang ke bilik ibu ayah....menjadi kebiasaan Farihah akan tido di bilik ibu ayah, tapi bila Farihah dah betul-betul nyenyak ayah akan angkat Farihah tido di bilik dia.....
Pertanyaan pertama bila ayah kejut Farihah bangun...."Naper ayah angkat Farihah?"
Itulah soalan setiap pagi dari Farihah untuk ayah.....
Semalam sebelum Farihah tido dia cakap "Ayah, perut Farihah sakit la, baju Farihah ketat la...", Farihah mengadu kat ayah. "Mana? Meh ayah tengok", haah la,habis perut Farihah bergaris mengikut bentuk seluar tido yang Farihah pakai...ayah pun apa lagi buat janji ngan Farihah nak beli baju baru cuti ni nanti.
Pagi Sabtu, selepas ibu solat subuh ngan ayah, ayah tanya nak pergi jalan mana hari ni? Ibu kata ikut ayah la mana-mana pun tak per.....ayah cakap tak pernah gie jalan kat Ampang.....katanya ada Pavilion kat situ....ha...terkejut ibu coz setahu ibu kat situ banyak barang berjenama jer....kalau setakat nak jalan-jalan okay la tapi kalau nak shopping jangan harap....mahal bebeno....
Pagi tu selepas sarapan kami pun gie la jugak Pavilion....hajat tu bukan nak beli apa-apa pun tapi cuma nak jejalan jer....lagi ayah kata dia teringin nak makan kat Tarbush, rindu makanan arab katanya......
Sampai kat Pavilion, wuih....besar jugak la.....kami masuk Parkson kat situ....baju kanak-kanak banyak offer la pulak....ayah pulak teringat yang Farihah cakap baju dia dah kecik, apa lagi memilih la jugak baju-baju kat situ.....mana yang lari bajet kami cuma pegang, tengok harga....kalau mahal tinggal jer kat situ.....
Haaaa.....jumpa pun baju untuk Farihah jenama KIKO....okay la...tak la mahal sangat.....apa lagi Farihah punya la suka coz ayah suruh ibu pilih dari atas sampai bawah....maksudnya dari atas ada topi...sampai kaki ada stokin...hehehehehe.......
Langgan:
Catatan (Atom)