KENANGAN


MAJLIS PERPISAHAN SEKOLAH AL-MUJAHIDEEN

Tanggal 31 Disember 2008, tamatlah perkhidmatan Yaya sebagai Guru Besar di Sekolah Al-Mujahideen, Damansara Utama. Sepanjang tempoh minggu pertama persekolahan tahun 2009 ini, Yaya masih pergi ke sekolah untuk menyerah tugas kepada Guru Besar baru iaitu Ustaz Mohd Naim bin Mohd Noor.

Tanggal 9 Januari 2009, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Yaya. Yaya sedih sangat bila melihat kawan-kawan (guru & kakitangan) buat kali terakhir terutama sekali wajah murid-murid yang Yaya sayang sangat. Airmata sudah mula mengalir sewaktu terlihat ada murid-murid menggelengkan kepala tanda tidak mahu Yaya pergi meninggalkan sekolah ini.

Terima kasih buat murid-murid yang bersusah-payah memberi hadiah untuk Ustazah. Hadiah yang paling berharga buat Ustazah adalah kenangan murid-murid bersama Ustazah sepanjang 5 tahun di Sekolah Al-Mujahideen.

Terima kasih buat semua guru dan kakitangan yang telah bekerjasama dan memberi sokongan kepada Yaya sepanjang pentadbiran Yaya di sekolah ini. Jasa kalian tetap Yaya ingat dan yang paling penting ukhuwwah tetap terjalin walau di mana kita berada. Segala hadiah yang diberi, majlis yang dibuat bagi meraikan Yaya....Yaya sangat terharu....kenangan bersama akan Yaya abadikan selama-lamanya.

Tahniah buat adikku Intan Zainida bt Zaimon yang selamat bertunang pada 28 Dis 2008.



AL-MUJAHIDEEN FAMILY DAY





Pada 27 Disember 2008 adalah program penutup bagi Sekolah Al-Mujahideen iaitu dimana Yaya menjadi Guru Besar di sekolah tersebut. Kebetulan pula result KPLI keluar pada 24 Disember 2008. Semua guru & kakitangan sekolah tidak melepaskan peluang untuk sama-sama pergi menyertai Hari Keluarga Sekolah Al-Mujahideen di Agrotek Resort di Ulu Langat. Guru-guru dan kakitangan sekolah semua sudah tahu yang Yaya dah letak notis sebulan sejak awal Disember 2008. Maka inilah program terakhir Yaya bersama mereka.

Ok....dalam ni Yaya tak nak citer yang sedih-sedih dulu...Yaya nak citer keseronokan Hari Keluarga yang disertai juga oleh ahli-ahli keluarga guru-guru dan kakitangan sendiri. Termasuklah Yaya bawa Norhan dan Farihah untuk sama-sama merasai keseronokan di sana.
Kami konvoi dari sekolah pada pukul 7.30 pagi....ada jugak yang dah menunggu di sekolah sejak awal pukul 7 pagi. Yaya selaku Guru Besar mengetuai konvoi tersebut. Kami semua sampai di Agrotek pada pukul 8.30 pagi dan terus sarapan pagi di sana. Lebih kurang 9.30 pagi maka bermulalah aktiviti sukaneka darat seperti Terompah Gergasi, Kutip Gula-Gula, Masuk Air Dalam Botol dan bermacam-macam jenis sukaneka yang telah disediakan oleh pihak Resort.

Farihah and the geng tak sabar-sabar nak terjun dalam sungai ni....

Selepas makan tengahari dan solat Zohor, acara yang paling seronok adalah sukaneka air seperti Gusti Titi, Masukkan Air Dalam Betung, Tarik Tali Dalam Air dan Monkey Rack. Seronok betul sehingga kami rasa macam tak nak balik. Lebih-lebih lagi anak-anak kami yang mandi sungai tak berhenti sejak tengahari. Dikira-kira adalah sampai 5 jam dok berendam dalam air sungai tu. Para ibu dan bapa pun tak lepaskan peluang mandi sungai selepas sukaneka air selesai termasuklah Yaya ngan Norhan. Keseronokan ini Yaya akan ingat sampai bila-bila.

SEMOGA UKHUWWAH KEKAL SELAMANYA........ : )


TAHNIAH...ANDA TELAH BERJAYA....

SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI SEPENUH MASA - SR AMBILAN 2009.

Betapa seronoknya yaya bila Norhan buka website Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 Disember 2008 yang mengatakan bahawa yaya telah berjaya untuk mengikuti kursus KPLI Sepenuh Masa di Institut Perguruan Islam Selangor, Bangi.

Yang paling seronok ialah yaya tak ditempatkan di Johor sepertimana Norhan sebelum ni....so,senang la yaya nak balik umah bebila cuti nanti. Walaupun dekat yaya tetap akan stay di asrama coz Norhan cakap banyak aktiviti dan nanti tak la penat sangat. Lagi pun Norhan suruh yaya tumpukan perhatian sepenuhnya sehingga selesai kursus.

Yaya akan pergi lapor diri pada 12 Januari 2009 ni....so, banyak yang yaya nak kena sediakan sebelum lapor diri nanti. Kena wat medical check up, x-ray,pengesahan sijil dan lain-lain. Kali ini giliran Norhan pula jaga Farihah....Farihah jangan nakal-nakal tau bila tinggal ngan ayah nanti...Farihah kena disiplin macam mana Farihah tinggal ngan ibu sebelum ni.....belajar rajin-rajin dan ibu sentiasa doakan kita semua mendapat kejayaan dan diberi kemudahan dalam semua urusan...Amin.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin