JOM SOLAT TERAWIH


Kebiasaannya waktu petang Farihah akan main dan tak akan masuk rumah sampai ayah atau ibu panggil. Petang ni lain sikit, Farihah masuk awal. Mana taknya ibu kata nak pergi solat terawih di Masjid Putra, Putrajaya. Seronok Farihah nak pergi solat terawih.


Sampai jer di masjid, Farihah ikut ibu pergi ambil wudhuk. Alhamdulillah,semenjak Farihah bersekolah di Tadika Ilhamputra, banyak yang Farihah belajar tentang wudhuk dan solat. Masuk pintu masjid, Farihah kena solat ditempat yang telah di khaskan untuk kanak-kanak. Ibu solat di depan dengan orang dewasa. Farihah Solat Isyak, lepas tu solat terawih cukup 8 rakaat.

Kebetulan ada kawan baru kenal yang duduk di sebelah Farihah. Ibu dengar Farihah tanya kawan dia nak solat lagi ke? Pertanyaan ini di tanya setiap kali selepas solat terawih 2 rakaat. Bila kawan dia angguk, dia pun ikut solat sampai cukup 8 rakaat. Wah,rupanya ada kawan bagi motivasi kat Farihah. Jadi Farihah ikut, tak main-main pun.Tertib aje. Emm dah besar anak ibu ayah ni.


Farihah tunjuk cara solat, tak boleh bercakap katanya.



Esok nak solat lagi, baru dapat banyak pahala dan boleh masuk syurga.



Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin