AL-MUJAHIDEEN FAMILY DAY





Pada 27 Disember 2008 adalah program penutup bagi Sekolah Al-Mujahideen iaitu dimana Yaya menjadi Guru Besar di sekolah tersebut. Kebetulan pula result KPLI keluar pada 24 Disember 2008. Semua guru & kakitangan sekolah tidak melepaskan peluang untuk sama-sama pergi menyertai Hari Keluarga Sekolah Al-Mujahideen di Agrotek Resort di Ulu Langat. Guru-guru dan kakitangan sekolah semua sudah tahu yang Yaya dah letak notis sebulan sejak awal Disember 2008. Maka inilah program terakhir Yaya bersama mereka.

Ok....dalam ni Yaya tak nak citer yang sedih-sedih dulu...Yaya nak citer keseronokan Hari Keluarga yang disertai juga oleh ahli-ahli keluarga guru-guru dan kakitangan sendiri. Termasuklah Yaya bawa Norhan dan Farihah untuk sama-sama merasai keseronokan di sana.
Kami konvoi dari sekolah pada pukul 7.30 pagi....ada jugak yang dah menunggu di sekolah sejak awal pukul 7 pagi. Yaya selaku Guru Besar mengetuai konvoi tersebut. Kami semua sampai di Agrotek pada pukul 8.30 pagi dan terus sarapan pagi di sana. Lebih kurang 9.30 pagi maka bermulalah aktiviti sukaneka darat seperti Terompah Gergasi, Kutip Gula-Gula, Masuk Air Dalam Botol dan bermacam-macam jenis sukaneka yang telah disediakan oleh pihak Resort.

Farihah and the geng tak sabar-sabar nak terjun dalam sungai ni....

Selepas makan tengahari dan solat Zohor, acara yang paling seronok adalah sukaneka air seperti Gusti Titi, Masukkan Air Dalam Betung, Tarik Tali Dalam Air dan Monkey Rack. Seronok betul sehingga kami rasa macam tak nak balik. Lebih-lebih lagi anak-anak kami yang mandi sungai tak berhenti sejak tengahari. Dikira-kira adalah sampai 5 jam dok berendam dalam air sungai tu. Para ibu dan bapa pun tak lepaskan peluang mandi sungai selepas sukaneka air selesai termasuklah Yaya ngan Norhan. Keseronokan ini Yaya akan ingat sampai bila-bila.

SEMOGA UKHUWWAH KEKAL SELAMANYA........ : )


Tiada ulasan:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin