ZOOM K.L.....CUTI-CUTI MALAYSIA



Cuti bulan ni kami tak bercuti di luar K.L atau Selangor.....perancangan mula-mula nak bercuti ke Pulau Pinang tapi memandangkan rumah semenjak pindah tak habis kemas lagi so kami KIV cuti bulan 6 nanti....

Pada mulanya kami ada urusan di Putrajaya, tup-tup nampak sampan Dondang Sayang...apalagi Farihah mula menjerit-jerit nak naik sampan.....apa lagi dengan penuh excited bukan Farihah jer excited tapi termasuklah ibu ngan ayah Farihah ni ha......naik Dondang Sayang keliling Putrajaya.


Hari Khamis (19 Mac 2009) kami keliling kawasan K.L.....tujuan utama nak g Zoo Negara coz Farihah dok sebut-sebut tengok blog Kasehnya g Zoo Negara tahun lepas.....seronok coz Farihah dengan penuh berani bagi gajah daun-daun untuk di makan.....tak sempat nak kawal dia lari melulu g kat gajah.....berani betul anak ibu ayah ni.....Farihah memang berani dan kuat semangat...banyak yang ibu ayah nampak Farihah tak mudah putus asa......





Selepas g Zoo Negara kami bawa Farihah naik kuda di Tasik Titiwangsa.....lepas Farihah round satu pusingan naik kuda.....Norhan beli plak tiket naik kete kuda......Pakcik yang bawa kereta kuda tu bagi Farihah yang bawa kereta kuda.......apalagi...punyalah seronk Farihah sampai nak lagi satu pusingan.
Perjalanan kami yang terakhir plak naik Menara Kuala Lumpur....wuih....best coz kami dibawa naik sampai 200meter dari bawah......gayat tu tak la sangat coz bila sampai kat atas ramai pelancong dari pelbagai negara dok tengok keindahan Malaysia.....bangga kami jadi anak Malaysia.....selain dapat naik Menara Kuala Lumpur, kami diberi pakej untuk masuk Animal Zone, main F1 Zone dan Winter Zone.

Sebelah malam sebelum balik Norhan teringin nak makan makanan arab, so kami g Tarbush kat Bukit Bintang......rasa cam masa kat Jordan dulu...yang paling best kami dapat makan Humous Tahina ngan roti arab......Farihah pun suka makan Humous Tahina.....yang lain biasalah makan Maklubah ngan Shurbah sikit.....ingat nak order Syawarma tapi nasi dia pun dah banyak sangat....nasib baik order satu pinggan jer.....lepas rindu kami nak makan makanan arab......

Tiada ulasan:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin