Bermula pada 29 jun sehingga 26 september 2008 adalah hari aku berada disekolah ini. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana aku di tempatkan disekolah ini. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat aku jadikan pedoman dan panduan untuk menjadi guru yang cemerlang.
Ucapan terima kasih buat Guru Besar Pn Rohani bt Zainuddin diatas kesudian beliau menerimaku ke sekolah tersebut dengan hati terbuka, kat-kata nasihat dan tunjuk ajarnya sangat berguna buatku. Buat guru pembimbingku ust. Nik Rusina Nik Man yang tidak jemu-jemu memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar sehingga aku dapat dicalonkan sebagai guru pelatih cemerlang, hanya doa dapatku hadiahkan semoga berbahagia selalu di samping keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan