SALAM LEBARAN
Ramadhan akan melabuhkan tirainya, Syawal akan membuka seribu satu kehidupan baru selepas sebulan didikan ramadhan dalam diri setiap muslim. Tak lupa juga kami sekeluarga di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin buat Daddy dan Mummy sekeluarga di Parit Buntar Perak, mohon maaf serta dihalalkan makan dan minum selama ini, tutur kata yang membuatkan terkecil hati samada secara sedar atau tidak harap di maafkan. Mohon maaf dari Anak dan Julia....Buat mama dan abah di perantauan yang tidak meraikan hari raya di malaysia pada tahun ini kami sekeluarga memohon maaf selama ini sekiranya terguris hati dengan perangai anak dan menantumu ini. Doa kami semoga sihat dan sejahtera selalu hendaknya. Kami akan merayakan bersama adik-adik, meneruskan rutin raya, mengunjungi sanak dan taulan semoga mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat.Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan