SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN
Tanggal 25 september 2008,
genaplah usia perkahwinan kami menjangkau 8 tahun. Alhamdulillah kasih dan sayang tidak berubah, malah makin kuat. Doa agar kita berbahagia selamanya, Insya Allah.
TERIMA KASIH
SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU, JOHOR BAHRU, JOHOR.
Bermula pada 29 jun sehingga 26 september 2008 adalah hari aku berada disekolah ini. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana aku di tempatkan disekolah ini. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat aku jadikan pedoman dan panduan untuk menjadi guru yang cemerlang.
Ucapan terima kasih buat Guru Besar Pn Rohani bt Zainuddin diatas kesudian beliau menerimaku ke sekolah tersebut dengan hati terbuka, kat-kata nasihat dan tunjuk ajarnya sangat berguna buatku. Buat guru pembimbingku ust. Nik Rusina Nik Man yang tidak jemu-jemu memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar sehingga aku dapat dicalonkan sebagai guru pelatih cemerlang, hanya doa dapatku hadiahkan semoga berbahagia selalu di samping keluarga.
Buat anak-anak muridku yang telah memberi kerjasama dan perhatian yang baik, ku doakan semoga kamu semua akan berjaya ke menara gading. Jadilah seorang anak, abang, adik, murid dan warga yang baik. Insyallah berjaya hingga ke puncak kejayaan.

SALAM LEBARAN
Ramadhan akan melabuhkan tirainya, Syawal akan membuka seribu satu kehidupan baru selepas sebulan didikan ramadhan dalam diri setiap muslim. Tak lupa juga kami sekeluarga di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin buat Daddy dan Mummy sekeluarga di Parit Buntar Perak, mohon maaf serta dihalalkan makan dan minum selama ini, tutur kata yang membuatkan terkecil hati samada secara sedar atau tidak harap di maafkan. Mohon maaf dari Anak dan Julia....Buat mama dan abah di perantauan yang tidak meraikan hari raya di malaysia pada tahun ini kami sekeluarga memohon maaf selama ini sekiranya terguris hati dengan perangai anak dan menantumu ini. Doa kami semoga sihat dan sejahtera selalu hendaknya. Kami akan merayakan bersama adik-adik, meneruskan rutin raya, mengunjungi sanak dan taulan semoga mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat.Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Langgan:
Catatan (Atom)