BYE BYE IBU...BYE BYE AYAH....








Amboiiiii....best nyer anak ibu ayah gie Langkawi naik Air Asia....Farihah ikut tok mama ngan tok abah gie bercuti....tinggal ibu ngan ayah yang tak dapat gie sama....bukan tak boleh ikut tapi masa tu ibu ayah kena gie kursus....

Bertuah betul anak ibu ayah nie...kecik-kecik dah dapat naik kapal terbang.....ibu masih teringat masa ibu tinggal dengan tok di Kedah....tok mama ngan tok abah masa tu di Johor....umur ibu 13 belas tahun....masa tu ibu nak balik Johor...first time naik kapal terbang sorang-sorang.....ibu di layan dengan baik oleh FA Mas Malaysia.....ibu dapat present....ayah plak dapat rasa naik kapal terbang masa mula-mula gie belajar di Jordan.....

Happy betul Farihah ikut tok mama ngan tok abah gie bercuti....dapat mandi swimming pool...itulah aktiviti kegemaran anak ibu ayah nie....Farihah memang suka swimming....dia tak takut....dan dia akan cepat dapat kawan yang mandi sama-sama dengan dia.....itulah kelebihan anak ibu ayah yang suka berkawan dengan semua orang.....Inilah sebabnya nama anak ibu ayah Farihah yang beerti Gembira dan Happy Selalu........





PUTRAJAYA


Alhamdulillah......pada 5 Disember 2008 (Jumaat) Kementerian call bagitau Norhan posting di Putrajaya Presint 9...so,yaya terus call Norhan kat JB bagitau dia coz esoknya dia balik kitaorang kena cepat-cepat cari rumah...

Norhan sampai dari JB pukul 7.30 malam (Sabtu), keesokannya kami pergi Putrajaya untuk cari rumah sewa...susah betul nak cari rumah kat sana, majoriti rumah yang betul-betul kat Putrajaya yang ada Quarters Kerajaan.

Lama jugak cari rumah,hampir seminggu baru jumpa....akhirnya kami akan tinggal di Bandar Saujana Putra, betul-betul tepi highway ke USJ....lebih kurang 20 minit sampai ke Putrajaya...tapi kene lalu tol la jugak....sewanya RM500 (rumah teres dua tingkat). Farihah akan masuk Tadika kat Putrajaya, Insya Allah....cadangan nak masukkan ke Tadika Ilhamputra di Presint 9 juga...senang la dekat dengan sekolah Norhan nanti....
Yaya pulak tengah tunggu keputusan untuk tawaran KPLI jugak....24 Dec 2008 nanti yaya akan tengok result kat internet.

Pengalaman kami mengajar di KAFAI Al-Mujahideen Damansara Utama amat berharga.....tahun lepas 2007 Yaya jadi guru besar dan Norhan jadi Guru Penolong Kanan 1 (GPK1)......awal 2008 Norhan berhenti sebab masuk KPLI....so sampai sekarang yaya masih jadi Guru Besar....nanti kalau dapat KPLI,Yaya akan berhenti jadi Guru Besar dan terima masuk KPLI jugak......


Pesanan untuk kawan-kawan yang tinggal di Selatan,kalau nak balik ke K.L atau Utara atau sebaliknya...boleh la singgah dulu ke rumah kami nanti....call jer dulu...Insya Allah...kalau tak ke mana-mana jemput la ke rumah kay.......


Salam Mesra dari Hansyaya


GURU BESAR

Assalamualaikum Guru Besar......
Assalamualaikum Ustazah Julia

Itulah antara panggilan yang dipanggil oleh anak murid di sekolah dan guru-guru di Sekolah Al-Mujahideen......
Banyak yang yaya pelajari sepanjang dua tahun bergelar 'GURU BESAR' di Sekolah Al-Mujahideen. Yaya dapat pelajari cara-cara pengurusan di sekolah, nak kena jaga prestasi semua guru dan kakitangan di bawah yaya....cara-cara berhadapan dengan ibubapa, murid-murid dan orang awam....

Yaya ingat lagi mula-mula dilantik menjadi Guru Besar.....tanggal 16 Mac 2007...tarikh keramat yang tak dapat dilupakan coz tak pernah yaya terfikir yang yaya akan jadi Guru Besar.....semasa yaya terima panggilan...yaya terus call Norhan tanya pendapat dia....dia kata ok.....

Yaya tandatangan surat tawaran tersebut.....dan sampai sekarang yaya dah biasa jadi Guru Besar....Yaya ada gak mohon KPLI sepenuh masa....coz banyak lagi yang yaya perlu belajar....Norhan tengah kursus KPLI Sepenuh Masa di IPTI, Johor Bahru...dia ambil kos Pendidikan Agama Islam....sekejap jer setahun, bulan 12 ni dia akan tahu di mana dia posting...so, sebab tu yaya minta KPLI jugak....yaya n norhan memang minat mengajar....Insya Allah, bila dapat KPLI nanti,yaya takkan lupa pada semua guru dan kakitangan Al-Mujahideen yang banyak membantu dan memberi sokongan pada yaya....

Terima kasih buat Meor sekeluarga yang bantu Norhan sewaktu pendaftaran di Johor, tumpangkan kami tidur di rumah sewaktu yaya pergi amik Norhan....banyak kali la jugak....sampai Meor sekeluarga tak balik kampung.......semoga Meor sekeluarga dimurahkan rezeki.....Amin......

AKSI FARIHAH NI


Em sedar tak sedar dah 4 tahun umur farihah. Ni antara aksi farihah buat tatapan tok abah dan tok mamanya terutamanya...

BERAYA DI KARAK



Tanggal 2 Syawal 1429H kami tertanya-tanya sama sendiri...kemana agaknya nak pergi beraya hari ini...kalau mama n abah ader mesti banyak rumah yang boleh diziarahi coz kawan-kawan mama n abah ramai gak kat K.L ni......

Tengah dok fikir-fikir....tetiba yaya teringat untuk membuka blog Kasehnya.....di situ kami tahu di mana keluarga Kasehnya berada...mereka beraya di Karak rupanya....so, kami pun bersiap-siap terus ke Karak pada pukul 3 petang......

Sampai di Karak lebih kurang pukul 4 petang.....excited sungguh Farihah bila diberitahu yang kita semua nak pergi beraya di kampung Abg Syadi ngan Kakak Iman.....tetapi kesian kakak Iman....jari dia tersepit kat pintu kete babah dia.....kebetulan semasa kami sampai lebih kurang 5 minit selepas itu, babah kakak Iman pun sampai dari Bentong.....rumah pertama yang mereka dapat ziarah....

Meriah sungguh.....best tul ayah Meor bercerita pengalamannya semasa buat Haji di Mekah....Mak Meor pula dah tak menang tangan melayan tetamu yang tak henti-henti datang ke rumahnya. Kami dijamu dengan bermacam-macam kuih raya....mee sup....rendang itik...nasi himpit dan air soda (ramai yang ingatkan air sejuk jer) hihihihihihiiiii.......

Selepas solat maghrib kami bergambar di ruang rumah....di tangga rumah dan di tingkap rumah yang jarang anak-anak zaman sekarang nak rasa suasana kampung dah sekarang ni.......ok ler tu.....cantik....Villa Hijau.......

Terima kasih buat family Meor.....senang-senang datang la ke rumah kami....bagitau dulu k coz leh yaya masak sedap-sedap...dan buat semua yang mengenali diri kami ini....sila datang ke rumah kay....MENGERATKAN YANG TELAH JAUH & MEMESRAKAN YANG DEKAT.......

Suatu Hari Di Hari Raya

ABAH...MAMA....

TANGGAL 1 Syawal 1429H bersamaan 1 Oktober 2008........
Kami adik-beradik beraya tanpa mama ngan abah.....mama ngan abah tak dapat balik dari oversea (Bangladesh) kerana pengurusan syarikat mereka di sana masih belum selesai.....

Lain rasanya menyambut raya pertama tanpa mereka.....sememangnya semasa yaya study di Jordan dulu, 5 tahun yaya beraya tanpa family.....tapi yaya sedih bila melihat adik-adik terlalu sedih kerana mama ngan abah tak dapat balik,itu pun disebabkan mereka tak pernah berpisah dengan mama ngan abah.....mujur yaya ngan abg norhan ada bersama adik-adik pada tahun ini....cuma nana ngan wan sahaja yang sudah berada di Kelantan....giliran beraya di rumah mertua dia di sana......

Raya pertama........kami bawa adik-adik menyambung tradisi mama ngan abah yang setiap tahun pergi beraya di Istana Sultan Selangor. Selepas itu,kami terus bertolak ke Kajang pergi ke rumah ibubapa Izzat dan ikut mereka pergi beraya di rumah abang dia. Kami tidak lupa pergi beraya di rumah papa Aziz iaitu kawan baik mama ngan abah.

Raya kedua.......kami bawa adik-adik pergi beraya di rumah ibubapa Meor Syazril di Karak. Lama juga kami di sana....suasana di sana berbeza sangat ngan di bandar kerana anak ibu, Nur Ain Farihah baru dapat merasa suasana beraya di kampung.......

SELAMAT HARI RAYA DARI NORHAN & JULIA SEKELUARGA BUAT SEMUA TERUTAMA BUAT DADDY & MUMMY SERTA ABAH & MAMA.....

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN


Tanggal 25 september 2008,
genaplah usia perkahwinan kami menjangkau 8 tahun. Alhamdulillah kasih dan sayang tidak berubah, malah makin kuat. Doa agar kita berbahagia selamanya, Insya Allah.

TERIMA KASIH

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU, JOHOR BAHRU, JOHOR.

Bermula pada 29 jun sehingga 26 september 2008 adalah hari aku berada disekolah ini. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana aku di tempatkan disekolah ini. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat aku jadikan pedoman dan panduan untuk menjadi guru yang cemerlang.

Ucapan terima kasih buat Guru Besar Pn Rohani bt Zainuddin diatas kesudian beliau menerimaku ke sekolah tersebut dengan hati terbuka, kat-kata nasihat dan tunjuk ajarnya sangat berguna buatku. Buat guru pembimbingku ust. Nik Rusina Nik Man yang tidak jemu-jemu memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar sehingga aku dapat dicalonkan sebagai guru pelatih cemerlang, hanya doa dapatku hadiahkan semoga berbahagia selalu di samping keluarga.

Buat anak-anak muridku yang telah memberi kerjasama dan perhatian yang baik, ku doakan semoga kamu semua akan berjaya ke menara gading. Jadilah seorang anak, abang, adik, murid dan warga yang baik. Insyallah berjaya hingga ke puncak kejayaan.

SALAM LEBARAN



Ramadhan akan melabuhkan tirainya, Syawal akan membuka seribu satu kehidupan baru selepas sebulan didikan ramadhan dalam diri setiap muslim. Tak lupa juga kami sekeluarga di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin buat Daddy dan Mummy sekeluarga di Parit Buntar Perak, mohon maaf serta dihalalkan makan dan minum selama ini, tutur kata yang membuatkan terkecil hati samada secara sedar atau tidak harap di maafkan. Mohon maaf dari Anak dan Julia....Buat mama dan abah di perantauan yang tidak meraikan hari raya di malaysia pada tahun ini kami sekeluarga memohon maaf selama ini sekiranya terguris hati dengan perangai anak dan menantumu ini. Doa kami semoga sihat dan sejahtera selalu hendaknya. Kami akan merayakan bersama adik-adik, meneruskan rutin raya, mengunjungi sanak dan taulan semoga mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat.Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Salam Pertemuan

Salam pertemuan dan salam perkenalan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin