Alhamdulillah....exam baru jer habis hari ni (5 Nov 09).....esok mula kursus KISSM plak......
Yaya sebenarnya nak kongsi cerita terkejut yang memang mengejutkan...hehehehe.....
Alkisah, hari Isnin baru-baru ni sedang yaya khusyuk study untuk exam,yaya dapat call dari sepupu yaya yang bertugas di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bahagian penempatan sekolah.
Sepupu yaya tanya, yaya minta nak posting mana? Yaya bgtau la yang yaya minta kat Putrajaya. Dia ketawa coz dah la kat borang tulis posting Pahang....status yaya plak "belum berkahwin".
Ha....biar betul....terkejut yaya dibuatnya.....yaya terus minta tolong supaya yaya dipostingkan di Putrajaya......sepupu yaya pun bersetuju nak tolong tukarkan coz dia memang orang atasan yang menentukan tempat posting ni. Sepupu yaya siap tanya nak sekolah mana.....yaya tak kisah asalkan jangan sampai kat Pahang sana tu....hihihihihihi....menangis tak berlagu la jawabnya.....ni gara-gara maktab tulis status salah la ni. Tah-tah ramai lagi yang terkena macam yaya...yaya tak kisah asalkan yaya ditempatkan kat Putrajaya......
So, keputusannya pertengahan bulan November ni....terima kasih buat Bang Teh yang prihatin dengan sedaranya yang terdekat ni....hehehehehehe.....
Alhamdulillah......semuanya hampir selesai.......
Jumaat (25 September 2009) - Hansyaya menyambut Anniversary yang ke-9......HANSYAYA TOGETHER FOREVER
Ahad (18 Oktober 2009) bersamaan 30 SYAWAL 1428H - Hansyaya mohon Maaf Zahir Batin kepada semua samada yang mengenali diri kami atau tidak. Walaupun Syawal sudah menutup tirainya tetapi dikesempatan ini Hansyaya tidak mahu melepaskan peluang memohon maaf kepada semua.
Pada tarikh ini juga kami membuat majlis kenduri masuk rumah baru, terima kasih kepada semua yg hadir.....bagi yang tidak dapat hadir diharap hubungan sahabat akan berkekalan selamanya....amin.
Kami tidak berkesempatan untuk meng'update' blog hansyaya ni coz seminggu selepas raya kami dah dapat quarters di Putrajaya, Presint 17.....jemputlah ke rumah.
Isnin (19 Oktober 2009) - Yaya sedang menghitung hari untuk menghadapi interview pengesahan jawatan dan exam final KPLI 2009. Pada 28 Oktober 2009 (Rabu) nanti, yaya akan pergi interview untuk pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah DG 41 di SPP Putrajaya. Minggu berikutnya pula, exam akhir akan berlangsung di IPGM Kampus Pendidikan Islam. Pejam celik dah tak lama dah yaya akan menyelesaikan pengajian KPLI SR 2009. Doakan kejayaan yaya.....amin.
Sabtu (24 Oktober 2009) - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam telah melangsungkan Hari Terbuka di maktab. Hansyaya ada juga join adik (WNR Collection) buka booth di sana. Macam-macam ada termasuk Upin & Ipin, berkuda dan lain-lain. Diakhir sebelum mengemas booth jualan, sempatlah kami bergambar 5 beradik.
adik-beradik Yaya, depan dari kanan : Hansyaya (Norhan & Julia), Nana(adik no.2) dan Wan.
belakang dari kiri : Intan (adik no.4), Nawi dan Mimi (adik no.3), Farihah (anakku), Siti (adik no.5) dan Izat
SELAMAT HARI LAHIR FARIHAH : )
Ibu ngan Ayah belanja makan di Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Seronok tengok adik-adik enjoy dengan juadah berbuka. Farihah yang paling seronok dapat berkumpul berbuka puasa ramai-ramai.
Ibu dan Ayah sentiasa doakan Farihah menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa hadapan......Amin.
Alhamdulillah....juadah berbuka pada malam ni....masakan utama Siakap Steamed Lemon, Tiger Prawn Baked Butter, Tomyam, Baby Kailan Belachan and Chicken Roasted
BERCUTI DI BULAN RAMADHAN
* 24 OGOS 2009 (Isnin)
Pada 13 Ogos 2009, Hansyaya ada menerima surat dari BSN....kebiasaannya BSN akan hantar penyata akaun tetapi surat kali ini tebal semacam jer....bila bukak tengok-tengok ada voucher penginapan di Hotel Equatorial di Cameron Highland. Elok sangat la tu coz kalau tak kerana voucher ini mesti hansyaya tak tau bila lagi nak ke sana. Maklum sajalah jalan di sana tu....jalan bukit. Norhan terus call untuk tempahan bilik. Kami bertolak pada hari Isnin (24 Ogos 2009) selepas solat Asar. Kami berbuka puasa di Tapah, solat jama' di sana dan terus bertolak ke Cameron Highland. Masa tu dah malam dah, so, kena la hati-hati coz jalan pun bengkang-bengkok dan gelap.

Alhamdulillah, kami sampai pada pukul 9.30 malam di Hotel Equatorial. Kami check-in dan breakfast diganti dengan sahur. Itu pun service room hantar ke bilik. Masa makanan sahur sampai lebih kurang pukul 5 pagi, terkejut kami coz banyak betul lauk yang dihantar. Maklumlah lauk hotel,kalau tak banyak tak sah.
JOM SOLAT TERAWIH
Sampai jer di masjid, Farihah ikut ibu pergi ambil wudhuk. Alhamdulillah,semenjak Farihah bersekolah di Tadika Ilhamputra, banyak yang Farihah belajar tentang wudhuk dan solat. Masuk pintu masjid, Farihah kena solat ditempat yang telah di khaskan untuk kanak-kanak. Ibu solat di depan dengan orang dewasa. Farihah Solat Isyak, lepas tu solat terawih cukup 8 rakaat.
Kebetulan ada kawan baru kenal yang duduk di sebelah Farihah. Ibu dengar Farihah tanya kawan dia nak solat lagi ke? Pertanyaan ini di tanya setiap kali selepas solat terawih 2 rakaat. Bila kawan dia angguk, dia pun ikut solat sampai cukup 8 rakaat. Wah,rupanya ada kawan bagi motivasi kat Farihah. Jadi Farihah ikut, tak main-main pun.Tertib aje. Emm dah besar anak ibu ayah ni.
Akhirnya....
Tahniah! Permohonan anda telah diluluskan.
Maklumat KuartersE-T04-U02, No 1, Jalan P17 A,
62150,
Presint 17,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tadi ayah farihah saja nak tengok kalau2 dah dapat, inilah yang terpapar kat situ...alhamdulillah....lepas ni proses angkat barang pulak la...he he...
Bila lagi ni.....
Bulan Jun lepas ayah farihah buat permohonan nak duduk kuarters, tapi tak ada jawapan hinggalah minggu lepas, ayah call baru la janji nak kasi rumah di presint 17.
Masalah bermula apabila setiap hari kene bangun terlalu awal dan kos minyak ngan tol yang banyak. Bila dikira-kira wahhh...banyak nya...Tu yang ambil keputusan hendak memohon kuarters tu. Di tambah lagi kekadang malam pun ada meeting sampai tak sempat nak balik...kene tunggu kat sekolah ajelah...
Bila ayahfarihah talipon sekali lagi, rupanya cuma letak nama aje sebab masih tak siap pemasangan air pulak...Lama betul rasanya tunggu..Nak sejukkan hati, ayah ngan farihah pegi jugak la tengok tempat tu..emm masih baru...jalan masih lengang..kawasan baru la katakan..farihah kata cantik.
harap-harap dapat la sebelum puasa.....
Ayah....baju Farihah dah kecik....
"Farihah....meh tido...esok sekolah....."
Farihah datang ke bilik ibu ayah....menjadi kebiasaan Farihah akan tido di bilik ibu ayah, tapi bila Farihah dah betul-betul nyenyak ayah akan angkat Farihah tido di bilik dia.....
Pertanyaan pertama bila ayah kejut Farihah bangun...."Naper ayah angkat Farihah?"
Itulah soalan setiap pagi dari Farihah untuk ayah.....
Semalam sebelum Farihah tido dia cakap "Ayah, perut Farihah sakit la, baju Farihah ketat la...", Farihah mengadu kat ayah. "Mana? Meh ayah tengok", haah la,habis perut Farihah bergaris mengikut bentuk seluar tido yang Farihah pakai...ayah pun apa lagi buat janji ngan Farihah nak beli baju baru cuti ni nanti.
Pagi Sabtu, selepas ibu solat subuh ngan ayah, ayah tanya nak pergi jalan mana hari ni? Ibu kata ikut ayah la mana-mana pun tak per.....ayah cakap tak pernah gie jalan kat Ampang.....katanya ada Pavilion kat situ....ha...terkejut ibu coz setahu ibu kat situ banyak barang berjenama jer....kalau setakat nak jalan-jalan okay la tapi kalau nak shopping jangan harap....mahal bebeno....
Pagi tu selepas sarapan kami pun gie la jugak Pavilion....hajat tu bukan nak beli apa-apa pun tapi cuma nak jejalan jer....lagi ayah kata dia teringin nak makan kat Tarbush, rindu makanan arab katanya......
Sampai kat Pavilion, wuih....besar jugak la.....kami masuk Parkson kat situ....baju kanak-kanak banyak offer la pulak....ayah pulak teringat yang Farihah cakap baju dia dah kecik, apa lagi memilih la jugak baju-baju kat situ.....mana yang lari bajet kami cuma pegang, tengok harga....kalau mahal tinggal jer kat situ.....
Haaaa.....jumpa pun baju untuk Farihah jenama KIKO....okay la...tak la mahal sangat.....apa lagi Farihah punya la suka coz ayah suruh ibu pilih dari atas sampai bawah....maksudnya dari atas ada topi...sampai kaki ada stokin...hehehehehe.......
mmmm.....citer tentang......????
mmmm.....cam ner ni....cam tak dak citer yang menarik yang nak dikongsi bersama....tapi blog ni dah macam ada sarang labah-labah dah coz hansyaya dah lama tak update citer kat blog ni.....bak kata ammu khair dah tumbuh lalang dah....hihihihi
Yaya sekarang sedang menjalani Praktikum kat SK Bandar Baru Bangi 2, alhamdulillah...dah 4 minggu dah kat sekolah tu...yaya dah boleh menyesuaikan diri dengan guru-guru dan juga murid-murid kat situ. Masa mula-mula nak lapor diri tu cam tak confident jer coz dah lama tak ngajar kan. 6 bulan berkursus kat Institut Perguruan Islam Selangor.....so, sekarang tibalah masanya untuk yaya menjalani Praktikum la pulak.....tapi bila dah 4 minggu ngajar kat sini keyakinan dan semangat ngajar tu dah ada dah....aura dah datang dah.....
Suara yaya masa ngajar jangan cakap la.....sampai bilik guru pun boleh dengar kot....tapi tak jerit....cuma nak kena kawal budak yang lotih sikit tapi seronok.....yaya dah isi borang posting, mintak kat Putrajaya jugak....insya Allah, harap-harap dapat la coz dekat cikit ngan umah.
Lagipun Norhan tengah tunggu panggilan permohonan quarters kat Putrajaya.....so, lagi la dekat.
Ok lah, dah mengantuk la pulak....tadi lepas jengok blog kawan-kawan, teringat nak update blog HANSYAYA ni.....tahniah kepada semua kawan-kawan yang bergelar guru....

HANSYAYA juga bangga menjadi guru.....
SELAMAT HARI BAPA
YOU HAVE A VERY SPECIAL PLACE IN MY LOVELY, AND AN EVEN MORE SPECIAL PLACE IN MY HEARTS
KASIHKU PADAMU TAK DAPAT KU UCAPKAN DENGAN JELAS... ENGKAULAH RAJA YANG BERTAKHTA DALAM HATIKU SELAMANYA......
KASIHKU PADAMU TAK DAPAT KU UCAPKAN DENGAN JELAS... ENGKAULAH RAJA YANG BERTAKHTA DALAM HATIKU SELAMANYA......
Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa....exspecially buat suamiku yang tercinta....abahku yang tersayang dan daddyku yang dikasihi.....

Selamat Hari Bapa buat abahku yang berada di Bangladesh......
dan juga buat Daddy, semoga sihat selalu....
WE LOVE YOU ALWAYS AND FOREVER
Langgan:
Catatan (Atom)
Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin






