28 OGOS 2009 (Jumaat) bersamaan 7 Ramadhan 1430 maka genaplah umur Farihah 5 tahun.....dah besar anak ibu ayah ni.....Ibu ngan Ayah bercadang nak belanja mak ngah, ayah ngah, mak lang, uncle nawi (bakal menjadi ahli keluarga tak lama lagi....insya Allah....hihihihihihi) dan mak cik Intan. Alamak,mak su Siti tak dapat hadir sekali coz dia kena siapkan assignment katanya di Salak Tinggi.
Ibu ngan Ayah belanja makan di Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Seronok tengok adik-adik enjoy dengan juadah berbuka. Farihah yang paling seronok dapat berkumpul berbuka puasa ramai-ramai.
Ibu dan Ayah sentiasa doakan Farihah menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa hadapan......Amin.
Alhamdulillah....juadah berbuka pada malam ni....masakan utama Siakap Steamed Lemon, Tiger Prawn Baked Butter, Tomyam, Baby Kailan Belachan and Chicken Roasted
Tiada ulasan:
Catat Ulasan