SELAMAT HARI LAHIR FARIHAH : )


28 OGOS 2009 (Jumaat) bersamaan 7 Ramadhan 1430 maka genaplah umur Farihah 5 tahun.....dah besar anak ibu ayah ni.....Ibu ngan Ayah bercadang nak belanja mak ngah, ayah ngah, mak lang, uncle nawi (bakal menjadi ahli keluarga tak lama lagi....insya Allah....hihihihihihi) dan mak cik Intan. Alamak,mak su Siti tak dapat hadir sekali coz dia kena siapkan assignment katanya di Salak Tinggi.

Ibu ngan Ayah belanja makan di Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Seronok tengok adik-adik enjoy dengan juadah berbuka. Farihah yang paling seronok dapat berkumpul berbuka puasa ramai-ramai.

Ibu dan Ayah sentiasa doakan Farihah menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa hadapan......Amin.




Alhamdulillah....juadah berbuka pada malam ni....masakan utama Siakap Steamed Lemon, Tiger Prawn Baked Butter, Tomyam, Baby Kailan Belachan and Chicken Roasted




Cepatlah mak ngah bagi Farihah kawan..... : )



Ni siapa amik gambar siapa ni....???


BERCUTI DI BULAN RAMADHAN


CAMERON HIGHLAND


* 24 OGOS 2009 (Isnin)


Pada 13 Ogos 2009, Hansyaya ada menerima surat dari BSN....kebiasaannya BSN akan hantar penyata akaun tetapi surat kali ini tebal semacam jer....bila bukak tengok-tengok ada voucher penginapan di Hotel Equatorial di Cameron Highland. Elok sangat la tu coz kalau tak kerana voucher ini mesti hansyaya tak tau bila lagi nak ke sana. Maklum sajalah jalan di sana tu....jalan bukit. Norhan terus call untuk tempahan bilik. Kami bertolak pada hari Isnin (24 Ogos 2009) selepas solat Asar. Kami berbuka puasa di Tapah, solat jama' di sana dan terus bertolak ke Cameron Highland. Masa tu dah malam dah, so, kena la hati-hati coz jalan pun bengkang-bengkok dan gelap.



Farihah di kategori puasa separuh hari kerana tidur sampai Cameron Highland : )



Alhamdulillah, kami sampai pada pukul 9.30 malam di Hotel Equatorial. Kami check-in dan breakfast diganti dengan sahur. Itu pun service room hantar ke bilik. Masa makanan sahur sampai lebih kurang pukul 5 pagi, terkejut kami coz banyak betul lauk yang dihantar. Maklumlah lauk hotel,kalau tak banyak tak sah.



Seronoknya sahur di bilik......



* 25 & 26 OGOS 2009 (Selasa & Rabu)



Bee Farm




Rose Valley



BOH Tea Plantation



Time Tunnel (Barang-barang lama)



Taman Rama-rama



Bermain snooker sementara menunggu waktu berbuka



Alhamdulillah.....rezeki berbuka di hotel



* 27 OGOS 2009 (Khamis)



Kenangan selepas check-out



Big Red Strawberry Farm


Wah....mesti manis dan sedap

JOM SOLAT TERAWIH


Kebiasaannya waktu petang Farihah akan main dan tak akan masuk rumah sampai ayah atau ibu panggil. Petang ni lain sikit, Farihah masuk awal. Mana taknya ibu kata nak pergi solat terawih di Masjid Putra, Putrajaya. Seronok Farihah nak pergi solat terawih.


Sampai jer di masjid, Farihah ikut ibu pergi ambil wudhuk. Alhamdulillah,semenjak Farihah bersekolah di Tadika Ilhamputra, banyak yang Farihah belajar tentang wudhuk dan solat. Masuk pintu masjid, Farihah kena solat ditempat yang telah di khaskan untuk kanak-kanak. Ibu solat di depan dengan orang dewasa. Farihah Solat Isyak, lepas tu solat terawih cukup 8 rakaat.

Kebetulan ada kawan baru kenal yang duduk di sebelah Farihah. Ibu dengar Farihah tanya kawan dia nak solat lagi ke? Pertanyaan ini di tanya setiap kali selepas solat terawih 2 rakaat. Bila kawan dia angguk, dia pun ikut solat sampai cukup 8 rakaat. Wah,rupanya ada kawan bagi motivasi kat Farihah. Jadi Farihah ikut, tak main-main pun.Tertib aje. Emm dah besar anak ibu ayah ni.


Farihah tunjuk cara solat, tak boleh bercakap katanya.



Esok nak solat lagi, baru dapat banyak pahala dan boleh masuk syurga.




Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa dan moga puasa kali ini membawa seribu kebahagiaan, keberkatan dan kemakmuran dalam kehidupan.

Akhirnya....

Tahniah! Permohonan anda telah diluluskan.

Maklumat Kuarters
E-T04-U02, No 1, Jalan P17 A,
62150,
Presint 17,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tadi ayah farihah saja nak tengok kalau2 dah dapat, inilah yang terpapar kat situ...alhamdulillah....lepas ni proses angkat barang pulak la...he he...

Bila lagi ni.....






Bulan Jun lepas ayah farihah buat permohonan nak duduk kuarters, tapi tak ada jawapan hinggalah minggu lepas, ayah call baru la janji nak kasi rumah di presint 17.


Masalah bermula apabila setiap hari kene bangun terlalu awal dan kos minyak ngan tol yang banyak. Bila dikira-kira wahhh...banyak nya...Tu yang ambil keputusan hendak memohon kuarters tu. Di tambah lagi kekadang malam pun ada meeting sampai tak sempat nak balik...kene tunggu kat sekolah ajelah...


Bila ayahfarihah talipon sekali lagi, rupanya cuma letak nama aje sebab masih tak siap pemasangan air pulak...Lama betul rasanya tunggu..Nak sejukkan hati, ayah ngan farihah pegi jugak la tengok tempat tu..emm masih baru...jalan masih lengang..kawasan baru la katakan..farihah kata cantik.
harap-harap dapat la sebelum puasa.....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin