ZOOM K.L.....CUTI-CUTI MALAYSIA
Cuti bulan ni kami tak bercuti di luar K.L atau Selangor.....perancangan mula-mula nak bercuti ke Pulau Pinang tapi memandangkan rumah semenjak pindah tak habis kemas lagi so kami KIV cuti bulan 6 nanti....
Pada mulanya kami ada urusan di Putrajaya, tup-tup nampak sampan Dondang Sayang...apalagi Farihah mula menjerit-jerit nak naik sampan.....apa lagi dengan penuh excited bukan Farihah jer excited tapi termasuklah ibu ngan ayah Farihah ni ha......naik Dondang Sayang keliling Putrajaya.
Hari Khamis (19 Mac 2009) kami keliling kawasan K.L.....tujuan utama nak g Zoo Negara coz Farihah dok sebut-sebut tengok blog Kasehnya g Zoo Negara tahun lepas.....seronok coz Farihah dengan penuh berani bagi gajah daun-daun untuk di makan.....tak sempat nak kawal dia lari melulu g kat gajah.....berani betul anak ibu ayah ni.....Farihah memang berani dan kuat semangat...banyak yang ibu ayah nampak Farihah tak mudah putus asa......
Selepas g Zoo Negara kami bawa Farihah naik kuda di Tasik Titiwangsa.....lepas Farihah round satu pusingan naik kuda.....Norhan beli plak tiket naik kete kuda......Pakcik yang bawa kereta kuda tu bagi Farihah yang bawa kereta kuda.......apalagi...punyalah seronk Farihah sampai nak lagi satu pusingan.
Perjalanan kami yang terakhir plak naik Menara Kuala Lumpur....wuih....best coz kami dibawa naik sampai 200meter dari bawah......gayat tu tak la sangat coz bila sampai kat atas ramai pelancong dari pelbagai negara dok tengok keindahan Malaysia.....bangga kami jadi anak Malaysia.....selain dapat naik Menara Kuala Lumpur, kami diberi pakej untuk masuk Animal Zone, main F1 Zone dan Winter Zone.
Sebelah malam sebelum balik Norhan teringin nak makan makanan arab, so kami g Tarbush kat Bukit Bintang......rasa cam masa kat Jordan dulu...yang paling best kami dapat makan Humous Tahina ngan roti arab......Farihah pun suka makan Humous Tahina.....yang lain biasalah makan Maklubah ngan Shurbah sikit.....ingat nak order Syawarma tapi nasi dia pun dah banyak sangat....nasib baik order satu pinggan jer.....lepas rindu kami nak makan makanan arab......
JEJAK KASIH 3 ABDUL
Alkisah.....tersebutlah kisah......
Tahun lepas, Farihah sekolah 4 tahun di Tadika Islam Al-Mujahideen , Damansara Utama.....ala....sekolah semasa Yaya jadi Guru Besar....
Kisahnya begini, Farihah ada geng masa di sekolah sana....dia seorang jer budak perempuan yang berkawan baik dengan 3 orang budak lelaki, di mana kami dikalangan guru-guru Al-Mujahideen gelar 3 Abdul....nak tahu coz nama 3 orang kawan Farihah ni bermula dengan huruf 'A'......Aqil, Atif dan Amin.....sebab tu digelar 3 Abdul
Hampir 4 bulan Farihah tak berjumpa dengan 3 Abdul....coz Farihah ikut kami berpindah di Putrajaya....pada 15 Mac baru-baru ni ibu Aqil (Ustazah Noor Naemah) jemput kami ke majlis kahwin adik dia....jadi memang Yaya plan dengan ibu Atif (Ustazah Rosidah) nak jumpa di majlis kahwin ni....apa lagi bila Farihah dengan 2 Abdul berjumpa...riuh jugak ler jadinya tapi sayang hanya 2 Abdul sahaja....Aqil dengan Atif....Amin balik kampung agaknya.......
Walaubagaimanapun....memang best coz Yaya ngan Norhan dapat jumpa kawan lama...terutama sekali Farihah......sempat bagi hadiah dekat Aqil ngan Atif.....
ABIH GELAP MUKAKU....
Alamak.......abih gelap muka yaya coz baru jer memutihkan muka yang gelap baru balik BIG...dah gelap semula coz jumaat dan sabtu lepas (6 & 7 Mac 2009) semua pelatih KPLI 2009 wajib ikuti Perkhemahan Asas di IPIS......yaya lupa nak pakai sunblock, abih gelap terbakar muka yaya....balik jer rumah terus norhan bawa gie watson cari krim....
Mujur ada....bukannya apa....dah panas muka nie dan kering mengelupas.....tapi perkhemahan nie memang best....yaya dapat belajar pasang gajet, memasak dapur kayu api dan berkawat.
Yaya terpilih untuk menjadi jurulatih kawat tapi sebelum jadi jurulatih kawat, seramai 30 orang KPLI sahaja yang terpilih untuk mendapat sijil jurulatih. Alhamdulillah.....banyak yang yaya pelajari...best berkawat.....yang penting melatih kita supaya berdisiplin.....
Ok la.....nanti free yaya update lagi blog nie.....salam untuk semua.......
Mujur ada....bukannya apa....dah panas muka nie dan kering mengelupas.....tapi perkhemahan nie memang best....yaya dapat belajar pasang gajet, memasak dapur kayu api dan berkawat.
Yaya terpilih untuk menjadi jurulatih kawat tapi sebelum jadi jurulatih kawat, seramai 30 orang KPLI sahaja yang terpilih untuk mendapat sijil jurulatih. Alhamdulillah.....banyak yang yaya pelajari...best berkawat.....yang penting melatih kita supaya berdisiplin.....
Ok la.....nanti free yaya update lagi blog nie.....salam untuk semua.......
Langgan:
Catatan (Atom)