PERCUTIAN DI PULAU PINANG










Pada 11 Disember 2009, kami bertolak ke Pendang,Kedah coz sepupu yaya Rufiza Lila melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember 2009.

Selepas majlis berlangsung, kami pun berangkat pergi bercuti ke Pulau Pinang....itu pun last minit punya perancangan coz masa nak balik Kedah ada la lalu Georgetown. Dok cerita kat Farihah tentang feri Pulau Pinang. Farihah memberi respon teringin nak naik feri. Yang paling best,dia tak sangka kereta pun boleh naik feri....hahahahahaha.....



Semoga Cepat Sembuh

majlis sanding adik Mior Syazril~~Wanie




ayah dan ibu Mior Syazril





Hari Raya Aidil Adha kedua,hansyaya pergi menghadiri majlis perkahwinan Wani-adik Mior, sambil tu nak melawat ayah Mior yang baru lepas pembedahan di IJN.....semoga pakcik cepat sembuh dan dianugerahkan tubuh badan yang sihat....amin.


JOM HEBOH~~




Tersebutlah kisah...thoib....
Konon-konon nak la gi Jom Heboh...nengok-nengok gerai dan pameran yang ada kat sana....tup-tup hujan turun dengan lebatnya....sementara mencari tempat berteduh...kami terus lari dalam booth Keliwon~~~ hehehehehe......nak tak nak, kena bayar 2inggit masuk alam ghaib tu....kami punya menjerit macam nampak hantu betul...padahal orang yang di make-up menjadi hantu....aik,sempat plak hantu keliwon tu tarik kaki kitaorg...apa lagi menjerit gila-gila la....tapi tak sempat nak amik gambar ngan hantu-hantu tu coz terlalu takut......

Pada 1 Disember 2009, yaya gie Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk lapor diri....yaya dipostingkan di SK Puchong Utama...mula-mula rasa cam sedih coz tak dapat kat Bangi,tapi bila gie survey,ok jer,tak la jauh....15 minit dari rumah....esoknya yaya terus gie angkat sumpah kat mahkamah dan menyiapkan dokumen-dokumen yang dikehendaki....

Tup-tup pada 3 Disember 2009, dapat call dari PPD Petaling Perdana yang menyatakan rekod yaya bukan kat sekolah tu...sedangkan kat surat lantikan tercatit SK Puchong Utama....ah,sudah....kat mana la pulak....yaya terus gie JPNSelangor nak minta kat Bangi coz ini kesilapan datang dari sana....diaorang buat silap,mcm mana pun yaya nak minta sekolah yang dekat ngan rumah.....so,tunggu jer diaorang call....

Ha, jap ada dapat call dari PPD.....Kring Kring......

mmmmmmmmm.........yaya baru bercakap dengan pegawai PPD yang memberitahu yang yaya kena pergi ambil surat dengan segera....yaya kena posting SK Kinrara 2.....kalau nak ikut jauh gak tu nak berulang,tapi takpe la.....demi tugas,pegawai tu cakap kat SK Kinrara 2 tak dak lagi guru sandaran terlatih......

Yaya dah survey lagi sekali,oklah, tak kisahlah mana-mana sekolah pun......Alhamdulillah...... : )

HA......BIAR BETUL

Alhamdulillah....exam baru jer habis hari ni (5 Nov 09).....esok mula kursus KISSM plak......

Yaya sebenarnya nak kongsi cerita terkejut yang memang mengejutkan...hehehehe.....
Alkisah, hari Isnin baru-baru ni sedang yaya khusyuk study untuk exam,yaya dapat call dari sepupu yaya yang bertugas di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bahagian penempatan sekolah.

Sepupu yaya tanya, yaya minta nak posting mana? Yaya bgtau la yang yaya minta kat Putrajaya. Dia ketawa coz dah la kat borang tulis posting Pahang....status yaya plak "belum berkahwin".

Ha....biar betul....terkejut yaya dibuatnya.....yaya terus minta tolong supaya yaya dipostingkan di Putrajaya......sepupu yaya pun bersetuju nak tolong tukarkan coz dia memang orang atasan yang menentukan tempat posting ni. Sepupu yaya siap tanya nak sekolah mana.....yaya tak kisah asalkan jangan sampai kat Pahang sana tu....hihihihihihi....menangis tak berlagu la jawabnya.....ni gara-gara maktab tulis status salah la ni. Tah-tah ramai lagi yang terkena macam yaya...yaya tak kisah asalkan yaya ditempatkan kat Putrajaya......

So, keputusannya pertengahan bulan November ni....terima kasih buat Bang Teh yang prihatin dengan sedaranya yang terdekat ni....hehehehehehe.....


Alhamdulillah......semuanya hampir selesai.......


Jumaat (25 September 2009) - Hansyaya menyambut Anniversary yang ke-9......HANSYAYA TOGETHER FOREVER


Ahad (18 Oktober 2009) bersamaan 30 SYAWAL 1428H - Hansyaya mohon Maaf Zahir Batin kepada semua samada yang mengenali diri kami atau tidak. Walaupun Syawal sudah menutup tirainya tetapi dikesempatan ini Hansyaya tidak mahu melepaskan peluang memohon maaf kepada semua.


beraya di rumah kak Su dan Abg Azim di Nilai


Pada tarikh ini juga kami membuat majlis kenduri masuk rumah baru, terima kasih kepada semua yg hadir.....bagi yang tidak dapat hadir diharap hubungan sahabat akan berkekalan selamanya....amin.



quarters baru di Presint 17, Putrajaya

Kami tidak berkesempatan untuk meng'update' blog hansyaya ni coz seminggu selepas raya kami dah dapat quarters di Putrajaya, Presint 17.....jemputlah ke rumah.

Isnin (19 Oktober 2009) - Yaya sedang menghitung hari untuk menghadapi interview pengesahan jawatan dan exam final KPLI 2009. Pada 28 Oktober 2009 (Rabu) nanti, yaya akan pergi interview untuk pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah DG 41 di SPP Putrajaya. Minggu berikutnya pula, exam akhir akan berlangsung di IPGM Kampus Pendidikan Islam. Pejam celik dah tak lama dah yaya akan menyelesaikan pengajian KPLI SR 2009. Doakan kejayaan yaya.....amin.

Sabtu (24 Oktober 2009) - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam telah melangsungkan Hari Terbuka di maktab. Hansyaya ada juga join adik (WNR Collection) buka booth di sana. Macam-macam ada termasuk Upin & Ipin, berkuda dan lain-lain. Diakhir sebelum mengemas booth jualan, sempatlah kami bergambar 5 beradik.


adik-beradik Yaya, depan dari kanan : Hansyaya (Norhan & Julia), Nana(adik no.2) dan Wan.
belakang dari kiri : Intan (adik no.4), Nawi dan Mimi (adik no.3), Farihah (anakku), Siti (adik no.5) dan Izat


Selasa (27 Oktober 2009) - Esok tepat jam 7.30 pagi yaya akan ditemuduga giliran yang ke-4 di SPP Putrajaya. : )



SELAMAT HARI LAHIR FARIHAH : )


28 OGOS 2009 (Jumaat) bersamaan 7 Ramadhan 1430 maka genaplah umur Farihah 5 tahun.....dah besar anak ibu ayah ni.....Ibu ngan Ayah bercadang nak belanja mak ngah, ayah ngah, mak lang, uncle nawi (bakal menjadi ahli keluarga tak lama lagi....insya Allah....hihihihihihi) dan mak cik Intan. Alamak,mak su Siti tak dapat hadir sekali coz dia kena siapkan assignment katanya di Salak Tinggi.

Ibu ngan Ayah belanja makan di Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Seronok tengok adik-adik enjoy dengan juadah berbuka. Farihah yang paling seronok dapat berkumpul berbuka puasa ramai-ramai.

Ibu dan Ayah sentiasa doakan Farihah menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa hadapan......Amin.




Alhamdulillah....juadah berbuka pada malam ni....masakan utama Siakap Steamed Lemon, Tiger Prawn Baked Butter, Tomyam, Baby Kailan Belachan and Chicken Roasted




Cepatlah mak ngah bagi Farihah kawan..... : )



Ni siapa amik gambar siapa ni....???


BERCUTI DI BULAN RAMADHAN


CAMERON HIGHLAND


* 24 OGOS 2009 (Isnin)


Pada 13 Ogos 2009, Hansyaya ada menerima surat dari BSN....kebiasaannya BSN akan hantar penyata akaun tetapi surat kali ini tebal semacam jer....bila bukak tengok-tengok ada voucher penginapan di Hotel Equatorial di Cameron Highland. Elok sangat la tu coz kalau tak kerana voucher ini mesti hansyaya tak tau bila lagi nak ke sana. Maklum sajalah jalan di sana tu....jalan bukit. Norhan terus call untuk tempahan bilik. Kami bertolak pada hari Isnin (24 Ogos 2009) selepas solat Asar. Kami berbuka puasa di Tapah, solat jama' di sana dan terus bertolak ke Cameron Highland. Masa tu dah malam dah, so, kena la hati-hati coz jalan pun bengkang-bengkok dan gelap.



Farihah di kategori puasa separuh hari kerana tidur sampai Cameron Highland : )



Alhamdulillah, kami sampai pada pukul 9.30 malam di Hotel Equatorial. Kami check-in dan breakfast diganti dengan sahur. Itu pun service room hantar ke bilik. Masa makanan sahur sampai lebih kurang pukul 5 pagi, terkejut kami coz banyak betul lauk yang dihantar. Maklumlah lauk hotel,kalau tak banyak tak sah.



Seronoknya sahur di bilik......



* 25 & 26 OGOS 2009 (Selasa & Rabu)



Bee Farm




Rose Valley



BOH Tea Plantation



Time Tunnel (Barang-barang lama)



Taman Rama-rama



Bermain snooker sementara menunggu waktu berbuka



Alhamdulillah.....rezeki berbuka di hotel



* 27 OGOS 2009 (Khamis)



Kenangan selepas check-out



Big Red Strawberry Farm


Wah....mesti manis dan sedap
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin