BERCUTI DI BULAN RAMADHAN


CAMERON HIGHLAND


* 24 OGOS 2009 (Isnin)


Pada 13 Ogos 2009, Hansyaya ada menerima surat dari BSN....kebiasaannya BSN akan hantar penyata akaun tetapi surat kali ini tebal semacam jer....bila bukak tengok-tengok ada voucher penginapan di Hotel Equatorial di Cameron Highland. Elok sangat la tu coz kalau tak kerana voucher ini mesti hansyaya tak tau bila lagi nak ke sana. Maklum sajalah jalan di sana tu....jalan bukit. Norhan terus call untuk tempahan bilik. Kami bertolak pada hari Isnin (24 Ogos 2009) selepas solat Asar. Kami berbuka puasa di Tapah, solat jama' di sana dan terus bertolak ke Cameron Highland. Masa tu dah malam dah, so, kena la hati-hati coz jalan pun bengkang-bengkok dan gelap.



Farihah di kategori puasa separuh hari kerana tidur sampai Cameron Highland : )



Alhamdulillah, kami sampai pada pukul 9.30 malam di Hotel Equatorial. Kami check-in dan breakfast diganti dengan sahur. Itu pun service room hantar ke bilik. Masa makanan sahur sampai lebih kurang pukul 5 pagi, terkejut kami coz banyak betul lauk yang dihantar. Maklumlah lauk hotel,kalau tak banyak tak sah.



Seronoknya sahur di bilik......



* 25 & 26 OGOS 2009 (Selasa & Rabu)



Bee Farm




Rose Valley



BOH Tea Plantation



Time Tunnel (Barang-barang lama)



Taman Rama-rama



Bermain snooker sementara menunggu waktu berbuka



Alhamdulillah.....rezeki berbuka di hotel



* 27 OGOS 2009 (Khamis)



Kenangan selepas check-out



Big Red Strawberry Farm


Wah....mesti manis dan sedap

JOM SOLAT TERAWIH


Kebiasaannya waktu petang Farihah akan main dan tak akan masuk rumah sampai ayah atau ibu panggil. Petang ni lain sikit, Farihah masuk awal. Mana taknya ibu kata nak pergi solat terawih di Masjid Putra, Putrajaya. Seronok Farihah nak pergi solat terawih.


Sampai jer di masjid, Farihah ikut ibu pergi ambil wudhuk. Alhamdulillah,semenjak Farihah bersekolah di Tadika Ilhamputra, banyak yang Farihah belajar tentang wudhuk dan solat. Masuk pintu masjid, Farihah kena solat ditempat yang telah di khaskan untuk kanak-kanak. Ibu solat di depan dengan orang dewasa. Farihah Solat Isyak, lepas tu solat terawih cukup 8 rakaat.

Kebetulan ada kawan baru kenal yang duduk di sebelah Farihah. Ibu dengar Farihah tanya kawan dia nak solat lagi ke? Pertanyaan ini di tanya setiap kali selepas solat terawih 2 rakaat. Bila kawan dia angguk, dia pun ikut solat sampai cukup 8 rakaat. Wah,rupanya ada kawan bagi motivasi kat Farihah. Jadi Farihah ikut, tak main-main pun.Tertib aje. Emm dah besar anak ibu ayah ni.


Farihah tunjuk cara solat, tak boleh bercakap katanya.



Esok nak solat lagi, baru dapat banyak pahala dan boleh masuk syurga.




Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa dan moga puasa kali ini membawa seribu kebahagiaan, keberkatan dan kemakmuran dalam kehidupan.

Akhirnya....

Tahniah! Permohonan anda telah diluluskan.

Maklumat Kuarters
E-T04-U02, No 1, Jalan P17 A,
62150,
Presint 17,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tadi ayah farihah saja nak tengok kalau2 dah dapat, inilah yang terpapar kat situ...alhamdulillah....lepas ni proses angkat barang pulak la...he he...

Bila lagi ni.....






Bulan Jun lepas ayah farihah buat permohonan nak duduk kuarters, tapi tak ada jawapan hinggalah minggu lepas, ayah call baru la janji nak kasi rumah di presint 17.


Masalah bermula apabila setiap hari kene bangun terlalu awal dan kos minyak ngan tol yang banyak. Bila dikira-kira wahhh...banyak nya...Tu yang ambil keputusan hendak memohon kuarters tu. Di tambah lagi kekadang malam pun ada meeting sampai tak sempat nak balik...kene tunggu kat sekolah ajelah...


Bila ayahfarihah talipon sekali lagi, rupanya cuma letak nama aje sebab masih tak siap pemasangan air pulak...Lama betul rasanya tunggu..Nak sejukkan hati, ayah ngan farihah pegi jugak la tengok tempat tu..emm masih baru...jalan masih lengang..kawasan baru la katakan..farihah kata cantik.
harap-harap dapat la sebelum puasa.....

Ayah....baju Farihah dah kecik....




"Farihah....meh tido...esok sekolah....."
Farihah datang ke bilik ibu ayah....menjadi kebiasaan Farihah akan tido di bilik ibu ayah, tapi bila Farihah dah betul-betul nyenyak ayah akan angkat Farihah tido di bilik dia.....

Pertanyaan pertama bila ayah kejut Farihah bangun...."Naper ayah angkat Farihah?"
Itulah soalan setiap pagi dari Farihah untuk ayah.....

Semalam sebelum Farihah tido dia cakap "Ayah, perut Farihah sakit la, baju Farihah ketat la...", Farihah mengadu kat ayah. "Mana? Meh ayah tengok", haah la,habis perut Farihah bergaris mengikut bentuk seluar tido yang Farihah pakai...ayah pun apa lagi buat janji ngan Farihah nak beli baju baru cuti ni nanti.

Pagi Sabtu, selepas ibu solat subuh ngan ayah, ayah tanya nak pergi jalan mana hari ni? Ibu kata ikut ayah la mana-mana pun tak per.....ayah cakap tak pernah gie jalan kat Ampang.....katanya ada Pavilion kat situ....ha...terkejut ibu coz setahu ibu kat situ banyak barang berjenama jer....kalau setakat nak jalan-jalan okay la tapi kalau nak shopping jangan harap....mahal bebeno....

Pagi tu selepas sarapan kami pun gie la jugak Pavilion....hajat tu bukan nak beli apa-apa pun tapi cuma nak jejalan jer....lagi ayah kata dia teringin nak makan kat Tarbush, rindu makanan arab katanya......

Sampai kat Pavilion, wuih....besar jugak la.....kami masuk Parkson kat situ....baju kanak-kanak banyak offer la pulak....ayah pulak teringat yang Farihah cakap baju dia dah kecik, apa lagi memilih la jugak baju-baju kat situ.....mana yang lari bajet kami cuma pegang, tengok harga....kalau mahal tinggal jer kat situ.....

Haaaa.....jumpa pun baju untuk Farihah jenama KIKO....okay la...tak la mahal sangat.....apa lagi Farihah punya la suka coz ayah suruh ibu pilih dari atas sampai bawah....maksudnya dari atas ada topi...sampai kaki ada stokin...hehehehehe.......




mmmm.....citer tentang......????



mmmm.....cam ner ni....cam tak dak citer yang menarik yang nak dikongsi bersama....tapi blog ni dah macam ada sarang labah-labah dah coz hansyaya dah lama tak update citer kat blog ni.....bak kata ammu khair dah tumbuh lalang dah....hihihihi

Yaya sekarang sedang menjalani Praktikum kat SK Bandar Baru Bangi 2, alhamdulillah...dah 4 minggu dah kat sekolah tu...yaya dah boleh menyesuaikan diri dengan guru-guru dan juga murid-murid kat situ. Masa mula-mula nak lapor diri tu cam tak confident jer coz dah lama tak ngajar kan. 6 bulan berkursus kat Institut Perguruan Islam Selangor.....so, sekarang tibalah masanya untuk yaya menjalani Praktikum la pulak.....tapi bila dah 4 minggu ngajar kat sini keyakinan dan semangat ngajar tu dah ada dah....aura dah datang dah.....

Suara yaya masa ngajar jangan cakap la.....sampai bilik guru pun boleh dengar kot....tapi tak jerit....cuma nak kena kawal budak yang lotih sikit tapi seronok.....yaya dah isi borang posting, mintak kat Putrajaya jugak....insya Allah, harap-harap dapat la coz dekat cikit ngan umah.
Lagipun Norhan tengah tunggu panggilan permohonan quarters kat Putrajaya.....so, lagi la dekat.

Ok lah, dah mengantuk la pulak....tadi lepas jengok blog kawan-kawan, teringat nak update blog HANSYAYA ni.....tahniah kepada semua kawan-kawan yang bergelar guru....


HANSYAYA juga bangga menjadi guru.....




SELAMAT HARI BAPA

Abang.....

YOU HAVE A VERY SPECIAL PLACE IN MY LOVELY, AND AN EVEN MORE SPECIAL PLACE IN MY HEARTS

KASIHKU PADAMU TAK DAPAT KU UCAPKAN DENGAN JELAS... ENGKAULAH RAJA YANG BERTAKHTA DALAM HATIKU SELAMANYA......







sayang ayah



suami yang prihatin




Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa....exspecially buat suamiku yang tercinta....abahku yang tersayang dan daddyku yang dikasihi.....



Selamat Hari Bapa buat abahku yang berada di Bangladesh......
dan juga buat Daddy, semoga sihat selalu....
WE LOVE YOU ALWAYS AND FOREVER





Jangan Pandang Belakang Congkak


5 Jun 2009 (Khamis)

Hahahahahaha........start citer ajer...baru intro, semua satu pawagam tergelak sakan tengok citer JPBC (Jangan Pandang Belakang Congkak). Apa taknya, lawaknya dari start citer sampai abih citer.....memang best....

Mula-mula dengar tajuk citer cam tak best....tapi bila tengok The Making JPBC....rasa cam kelakar la pulak...so,semalam hansyaya cadang nak gie jejalan kat K.L jer....nak gie KLCC....tup-tup nampak poster JPBC kat TGV KLCC terus hansyaya beratur beli tiket wayang.....ramai gak family yang bawak anak-anak cuti sekolah ni gie tengok wayang...sekarang ni tak macam dulu....mak ayah akan tengok wayang sama anak-anak....dengan cara ini pun boleh mengeratkan hubungan keluarga...tak la anak kita pergi tengok wayang dengan orang yang kita tak kenal....

Memang salute dengan arahan Ahmad Idzham...semua cerita yang dia arah memang best giler....citer ni plak bukan setakat kelakar aje....ada jugak part yang menakutkan.....



Kusyuk nyer Farihah main LEGO kat KLCC





Pameran LEGO di KLCC



Teringat semasa gie Petra, Jordan dulu....memang kagum



Semua binaan dibuat dari LEGO....cantikkan

Sedapnya Ibu Masak Maklubah



Malam ni ibu Farihah masak Maklubah....ibu kata ini masakan arab masa ibu ngan ayah study kat Jordan dulu......

Ibu cakap dah lama ibu tak masak Maklubah semenjak pindah di Bandar Saujana Putra.....ibu cakap dah cuti sekolah ni boleh la masak sebab tak ada kerja yang hendak dibuat....kalau masa ibu kat IPIS, ibu asyik sibuk aje...banyak betul assignment nak kena buat.....tapi masa ibu jadi guru besar dulu, sebulan sekali mesti ibu masak Maklubah......maknanya....kursus KPLI memang banyak kerja yang ibu kena buat......

Tadi petang selepas jumpa mak su Siti kat UNITEN.....ibu ajak ayah pergi Mydin kat Putrajaya Presint 14....kat sana ibu beli barang-barang yang nak masak.....sampai rumah jer ibu dah mula masuk dapur.....tapi Farihah tengok ibu steady jer masak.....maybe ibu dah biasa....so tak perlu tengok-tengok resepi lagi dah....mmmmmm....aroma nasi maklubah ni memang sedap....Farihah dah tak sabar nak makan....ayah pun sama.....

Terima kasih ibu......masakkan untuk Ayah dengan Farihah....jadi, sesiapa yang nak makan nasi Maklubah yang ibu Farihah masak, meh la datang rumah.....tapi call dulu supaya boleh la ibu bersiap sedia bahan-bahan untuk masak.....datang tau jangan tak datang.....exspecially Kakak Iman dengan Abang Syadi....meh la rumah Farihah....Ahlan...

HAPPY BIRTHDAY IBU JULIA






Semalam Farihah sambut birthday ibu tepat pukul 12 malam (31 Mei 2009) ayah cakap kat Farihah jangan tidur lagi tau sebab nak buat surprise kat ibu.....Farihah tak tidur la.....Ibu terkejut sebab ayah beli kek kat ibu...ayah beli kek dengan Farihah kat Secret Receipe....mmmmm....sedap sangat.....

Happy Birthday Ibu Julia....Farihah dengan Ayah sayang sangat kat ibu......




Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin