Resepi Maqlubah


Cara-caranya :

Rebus 10 ketul ayam (pilih bahagian thigh/drumstick)
sekiranya utk sepuluh org makan

rebus bersama buah pelaga dan 1 bawang besar yang dihiris....tunggu sehingga mendidih dan letakkan 2 sudu kecil garam.
Tutup api dan toskan ayam yang telah direbus tadi. Kemudian ayam tersebut digoreng selepas anda menggoreng kentang.

Goreng bunga kobis yang sudah dipotong dan 6 biji kentang yang dipotong bulat.
(jangan ditos semasa menyusun di dalam periuk)
Bunga kobis yang telah digoreng disusun di dalam periuk besar.
Diatas bunga kobis disusun pula kentang yang telah digoreng dan di atas kentang disusun ayam yang telah digoreng juga.

Tuang sedikit air rebusan ayam tadi sehingga ayam tenggelam. Taburkan rempah maqlubah.
(rempah ini boleh diganti dengan rempah masala yang terdapat di carefour shj kerana ditempat lain rasanya tak sama dengan rempah Jordan)

Masukkan 6 gelas beras yang telah dicuci. Tuang air rebusan sekali lagi sehingga betul-betul mengikut sukatan memasak nasi.
Tabur rempah maqlubah beserta garam secukup rasa.
Masak dan tunggu sekali nasi tersebut benar-benar kering.

Terlangkupkan periuk tersebut di dalam dulang dan anda akan menikmati 'Maqlubah' bersama sayur timun dan tomato yang dipotong kecil. Gaul sayur tersebut bersama mayonis. Sesuai juga dimakan bersama sos cili.




Selamat Mencuba!!


PERMATA HATI YANG SEMAKIN MEMBESAR





~Syukur~

✿ ܓBerterima kasihlah pada yang kalah, kerana mereka kita menjadi juara.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan.
✿ ܓBerterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih baik!!

Penyeri Kasih Sayang Hansyaya






7 September 2011 menyimpan seribu satu makna buat Hansyaya setelah 7 tahun menanti anak ke-2 selepas anak sulung kami, Nur Ain farihah menjadi penyeri hidup kami sekeluarga.

Sewaktu mengandungkan Adriana, yaya menjangkakan bahawa yaya akan melahirkan anak lelaki kerana memandangkan yaya tak suka masuk dapur dan tidak suka bersolek. Tekaan ini menguatkan lagi apabila sewaktu yaya mengandung, alahan sangat teruk berbanding sewaktu yaya mengandungkan Farihah.

Selepas melahirkan Adriana, rasa sangat lega dan kami bersyukur kerana kami dikurniakan anak perempuan yang sangat comel dan tembam. Lebih2 lagi Farihah yang sangat suka adik perempuan kerana katanya boleh diajak bermain masak2 dan anak patung barbie : )

Aktiviti semasa cuti sekolah










Teringat hansyaya masa kecik2 dulu....masa cuti wat layang2 dari kertas surat khabar.....letak lidi dan lari keliling nak bg layang2 tu terbang....teringat plak zaman kecik2 dulu kan....

Baru2 ni bawak Farihah jalan2 gie Kelantan & Terengganu....nampak org jual layang2 tepi Pantai Cahaya Bulan....apa lg, Farihah nampak kawan2 dia beli layang2,dia pun nak la jugak....best plak main layang2 tepi pantai coz angin kuat dan senang nak terbang.....sekrg main kat Putrajaya jer....ini la aktiviti ayah ngan Farihah di waktu petang......

OUR 10TH ANNIVERSARY






~When I Tell You "I Love You", It Means Forever~

"I Love You" means that I accept you for the person that you are, and that I don't wish to change you into someone else.

It means that I do not expect perfection from you, just as you don't expect it from me....

It means thinking of you and dreaming of you....

"I LOVE YOU....."
means forever ;)
25 Sept 2000-25 Sept 2010 untill forever

Ramadhan Mubarak


Selamat Berpuasa
Maaf Zahir & Batin buat seluruh umat Islam
semoga sentiasa dirahmati Allah...amin.

~~Ikhlas dari kami : HANSYAYA~~

Ramadhan 1431H



mmmmm.....terkenang pulak masa hansyaya study kat Jordan dulu....Sandwich Hani bersebelahan dgn stesen bas....sedap tul mkn kat situ....

Apalagi,hansyaya pun mencari bahan2 nak wat sandwich arab tp terlupa plak nak beli bunga kobis,digoreng lg sedap.
mmmmm~~nom nom nom yummy

~~SELAMAT HARI IBU~~


to MAMI NORIZAN & MAMA ROHANI
we love you so much

Ya Allah, dua ibu yg membaca msg ini adalah dua orang ibu yang cantik, kuat, sabar & hansyaya amat menyanyanginya.....

Kau tingkatkanlah kehidupan mereka dengan rezeki yang berkat, Kau rahmatilah setiap langkah mereka dalam mencari rezeki keluarga.....

Kau bersihkanlah hati mereka, Kau kuatkanlah iman mereka dan Kau peliharalah mereka dari fitnah......amin ya rabbal 'alamin

~~SELAMAT HARI IBU~~
; )


SK Seksyen2 Bandar Kinrara







Alhamdulillah....sudah hampir 3 bulan yaya di sekolah ini, barulah yaya ada masa sikit nak bgtau tentang sekolah tempat pertama yaya diposting pada awal bulan Disember 2009.

Sekolah ni baru dibuka tahun 2002, jumlah murid disekolah ini menjangkau 1,130 orang.....yaya menjadi guru kelas 3 Masria dan ehem ehem ; ) menjadi guru disiplin....hehehehehehe.....

mmmmmmm......ok,yaya sebenarnya nak tunjuk gambar sekolah....terutama sekali buat mama ngan abah yg jauh di mata tp dekat di hati....we love you so much....

Jalan-jalan di Putrajaya















Aduh....rasa macam lama beno cuti raya cina....mana taknya,yaya baru posting,so,kena tunggu sampai akhir bulan 3 la pulak nak dpt gaji....mmmmm.....kalau tak dah lama kami travel...hehehehe..... Boring punya pasal....kami pun jejalan kat Pameran Mamalia Malaysia di Presint 15 dengan gie jongging mini(ala2 jongging tak jongging) kat Taman Botani......buat kekawan,20-21hb Feb ni ada Karnival WOW! Putrajaya....so,leh ler bawa family jejalan kat Putrajaya.....ada macam-macam aktiviti...meh ler!!! ; )
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin