Resepi Maqlubah


Cara-caranya :

Rebus 10 ketul ayam (pilih bahagian thigh/drumstick)
sekiranya utk sepuluh org makan

rebus bersama buah pelaga dan 1 bawang besar yang dihiris....tunggu sehingga mendidih dan letakkan 2 sudu kecil garam.
Tutup api dan toskan ayam yang telah direbus tadi. Kemudian ayam tersebut digoreng selepas anda menggoreng kentang.

Goreng bunga kobis yang sudah dipotong dan 6 biji kentang yang dipotong bulat.
(jangan ditos semasa menyusun di dalam periuk)
Bunga kobis yang telah digoreng disusun di dalam periuk besar.
Diatas bunga kobis disusun pula kentang yang telah digoreng dan di atas kentang disusun ayam yang telah digoreng juga.

Tuang sedikit air rebusan ayam tadi sehingga ayam tenggelam. Taburkan rempah maqlubah.
(rempah ini boleh diganti dengan rempah masala yang terdapat di carefour shj kerana ditempat lain rasanya tak sama dengan rempah Jordan)

Masukkan 6 gelas beras yang telah dicuci. Tuang air rebusan sekali lagi sehingga betul-betul mengikut sukatan memasak nasi.
Tabur rempah maqlubah beserta garam secukup rasa.
Masak dan tunggu sekali nasi tersebut benar-benar kering.

Terlangkupkan periuk tersebut di dalam dulang dan anda akan menikmati 'Maqlubah' bersama sayur timun dan tomato yang dipotong kecil. Gaul sayur tersebut bersama mayonis. Sesuai juga dimakan bersama sos cili.




Selamat Mencuba!!


PERMATA HATI YANG SEMAKIN MEMBESAR





~Syukur~

✿ ܓBerterima kasihlah pada yang kalah, kerana mereka kita menjadi juara.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan.
✿ ܓBerterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih baik!!

Penyeri Kasih Sayang Hansyaya






7 September 2011 menyimpan seribu satu makna buat Hansyaya setelah 7 tahun menanti anak ke-2 selepas anak sulung kami, Nur Ain farihah menjadi penyeri hidup kami sekeluarga.

Sewaktu mengandungkan Adriana, yaya menjangkakan bahawa yaya akan melahirkan anak lelaki kerana memandangkan yaya tak suka masuk dapur dan tidak suka bersolek. Tekaan ini menguatkan lagi apabila sewaktu yaya mengandung, alahan sangat teruk berbanding sewaktu yaya mengandungkan Farihah.

Selepas melahirkan Adriana, rasa sangat lega dan kami bersyukur kerana kami dikurniakan anak perempuan yang sangat comel dan tembam. Lebih2 lagi Farihah yang sangat suka adik perempuan kerana katanya boleh diajak bermain masak2 dan anak patung barbie : )

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin