PERCUTIAN DI PULAU PINANG










Pada 11 Disember 2009, kami bertolak ke Pendang,Kedah coz sepupu yaya Rufiza Lila melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember 2009.

Selepas majlis berlangsung, kami pun berangkat pergi bercuti ke Pulau Pinang....itu pun last minit punya perancangan coz masa nak balik Kedah ada la lalu Georgetown. Dok cerita kat Farihah tentang feri Pulau Pinang. Farihah memberi respon teringin nak naik feri. Yang paling best,dia tak sangka kereta pun boleh naik feri....hahahahahaha.....



Semoga Cepat Sembuh

majlis sanding adik Mior Syazril~~Wanie




ayah dan ibu Mior Syazril





Hari Raya Aidil Adha kedua,hansyaya pergi menghadiri majlis perkahwinan Wani-adik Mior, sambil tu nak melawat ayah Mior yang baru lepas pembedahan di IJN.....semoga pakcik cepat sembuh dan dianugerahkan tubuh badan yang sihat....amin.


JOM HEBOH~~




Tersebutlah kisah...thoib....
Konon-konon nak la gi Jom Heboh...nengok-nengok gerai dan pameran yang ada kat sana....tup-tup hujan turun dengan lebatnya....sementara mencari tempat berteduh...kami terus lari dalam booth Keliwon~~~ hehehehehe......nak tak nak, kena bayar 2inggit masuk alam ghaib tu....kami punya menjerit macam nampak hantu betul...padahal orang yang di make-up menjadi hantu....aik,sempat plak hantu keliwon tu tarik kaki kitaorg...apa lagi menjerit gila-gila la....tapi tak sempat nak amik gambar ngan hantu-hantu tu coz terlalu takut......

Pada 1 Disember 2009, yaya gie Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk lapor diri....yaya dipostingkan di SK Puchong Utama...mula-mula rasa cam sedih coz tak dapat kat Bangi,tapi bila gie survey,ok jer,tak la jauh....15 minit dari rumah....esoknya yaya terus gie angkat sumpah kat mahkamah dan menyiapkan dokumen-dokumen yang dikehendaki....

Tup-tup pada 3 Disember 2009, dapat call dari PPD Petaling Perdana yang menyatakan rekod yaya bukan kat sekolah tu...sedangkan kat surat lantikan tercatit SK Puchong Utama....ah,sudah....kat mana la pulak....yaya terus gie JPNSelangor nak minta kat Bangi coz ini kesilapan datang dari sana....diaorang buat silap,mcm mana pun yaya nak minta sekolah yang dekat ngan rumah.....so,tunggu jer diaorang call....

Ha, jap ada dapat call dari PPD.....Kring Kring......

mmmmmmmmm.........yaya baru bercakap dengan pegawai PPD yang memberitahu yang yaya kena pergi ambil surat dengan segera....yaya kena posting SK Kinrara 2.....kalau nak ikut jauh gak tu nak berulang,tapi takpe la.....demi tugas,pegawai tu cakap kat SK Kinrara 2 tak dak lagi guru sandaran terlatih......

Yaya dah survey lagi sekali,oklah, tak kisahlah mana-mana sekolah pun......Alhamdulillah...... : )
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin