HAPPY BIRTHDAY IBU JULIA






Semalam Farihah sambut birthday ibu tepat pukul 12 malam (31 Mei 2009) ayah cakap kat Farihah jangan tidur lagi tau sebab nak buat surprise kat ibu.....Farihah tak tidur la.....Ibu terkejut sebab ayah beli kek kat ibu...ayah beli kek dengan Farihah kat Secret Receipe....mmmmm....sedap sangat.....

Happy Birthday Ibu Julia....Farihah dengan Ayah sayang sangat kat ibu......




HARI-HARI HARI GURU......HARI-HARI HARI IBU







Jumaat lepas pada 22 Mei 2009, Sek Keb Putrajaya Presint 9(2) (sekolah Norhan) ada Sambutan Hari Guru. Meriah sangat....inilah kali pertama Hans menyambut hari guru di Sek Keb selepas Hans posting......

Sebelah malam pula, Sambutan Hari Guru anjuran PIBG sekolah......yang paling best sekali Hans dapat Anugerah Sesegak Guru..........Ada cabutan bertuah....ada sorang Ustaz tu dapat hadiah tiket kapal terbang ke Bangkok....PIBG sponsor. Fuh...sepanjang hansyaya jadi guru inilah pertama kali kami dengar PIBG bagi sponsor yang grand punya.....






Farihah pulak baru faham apa itu hari ibu......baru-baru ni teacher Farihah suruh buat kad untuk ibu....sebelah petang ada aktiviti buat kek.....tapi teacher Farihah cakap Farihah tak nak buat kek sebab dia tak sabar dah nak balik rumah nak bagi kad untuk ibu katanya......Apa-apa jer lah Farihah....yang penting Farihah mesti rajin masuk kelas.....Alhamdulillah,sekarang Farihah dah boleh baca dah.....matematik yang paling dia suka.....kemana-mana mesti bawa buku ngan pensil.....



SELAMAT HARI GURU SEMUA


Sewaktu yaya menjadi Guru Besar di KAFAI Al-Mujahideen, Damansara Utama



Semasa Hans praktikal di Sek Keb Tebrau Bakar Batu Johor


Sek Keb Putrajaya Presint 9(2) - sekolah Hans sekarang


Sebahagian hadiah yang pernah diterima


"SELAMAT HARI GURU" buat semua kawan-kawan yang bergelar guru.....

Sudah 5 tahun hansyaya jadi guru.....seronok dapat melihat murid-murid berjaya hasil dari usaha kami sendiri. Kami dapat rasakan kepuasan mendidik murid-murid tetapi setiap usaha yang dilakukan banyak pengorbanan dari seorang guru. Setiap yang dilakukan mesti dengan keikhlasan.

Buat murid-murid kami....hanya dua golongan yang tidak pernah cemburu dengan kejayaan kalian....iaitu guru dan ibubapa.....kami sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk kalian berjaya......Hadiah yang amat bermakna untuk kami ialah kejayaan murid-murid..segala hadiah yang diberikan, kami ucapkan ribuan terima kasih.

' Jadilah seorang guru yang hadirnya DITUNGGU, hilangnya DIRINDU, ilmunya DIBURU, nasihatnya DISERU, tingkahlakunya DITIRU.....SELAMAT HARI GURU



'

UNTUK IBU



Farihah nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk Ibu farihah. Farihah minta maaf sebab farihah nakal. Farihah nak jadi budak baik.I luv U, I miss U....

SELAMAT HARI IBU


Mama....Yaya ngan adik-adik rindu sangat kat mama.....

Sempena Hari Ibu...yaya sekeluarga serta adik-adik mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mama tersayang....pengorbanan mama besarkan yaya ngan adik-adik tetap kami kenang sampai bila-bila.....

Yaya sekeluarga serta adik-adik sentiasa mendoakan keselamatan mama ngan abah di sana....rindu sangat kat mama ngan abah......

" SELAMAT HARI IBU BUAT MAMA TERSAYANG "



Kasih Yang Masih Kukuh

Farihah and the geng





Ibu Farihah bersama bekas anak murid di padang KAFAI Al-Mujahideen


Seronok betul Farihah bila ibu Farihah kata nak pergi ke sekolah lama. Mana taknya, semua kawan-kawan lama Farihah akan datang sekali.Em terutama 3 Abdul tu.
Ceritanya ibu dapat panggilan talifon dari Guru Besar sekolah Al-Mujahideen, jemput datang ke sana, ada program Amal Islami untuk sekolah KAFA Zon1,semua pertandingan buat kat san
a. Ibu yang paling seronok coz selain jumpa guru-guru ibu,ibu dapat jumpa dengan Guru Besar sekolah lain yang sama-sama bekerja dalam satu Majlis Guru Besar masa ibu jadi Guru Besar dulu.


Ibu Farihah pun dah rindu jugak dengan kawan lama ibu terutama ibu Angah(kak Naemah) dengan ibu Atif (kak Shidah),banyak tolong ibu dulu.
Dari pagi Farihah tak henti-henti ingatkan ibu ngan ayah untuk pergi ke sana,tapi ayah pula ada program di sekolah, nasib baik habis awal, sempat juga pergi.



Hai kawan-kawan...senyum panjang dia.

Seronok Farihah dapat jumpa kawan lamanya tu..Dari jauh ibu tengok, Farihah berbual rancak betul...apa lah agaknya yang di ceritakannya tu yek,,em mesti pasal sekolah baru dan kawan baru agaknya...he he kesian tak tau bila lagi boleh jumpa..



sukanye dia...


Tiap pagi sarapan di kedai mamak, Farihah suka makan telur setengah masak.




Ni gara-gara ayah Farihah mula makan,pastu dia nak cuba..dengan senyum sambil berkata,emm sedap la ayah.Mula dari saat itu kalau gi sarapan kat kedai mamak Farihah sendiri akan kata, nak air milo suam dengan telur separuh masak 2 bijik...

emm sedapnya....esok kita datang lagi ye ayah...Kata-kata Farihah tiap kali dah abis makan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Maaf Zahir & Batin

Maaf Zahir & Batin
Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya....Amin Ya Rabbal 'Alamin